Random Posts

header ads
header ads

Basikal Kayu Karya Chris Connor


Suatu masa dahulu, pemahaman manusia tentang kenderaan yang dipanggil basikal ialah satu objek kaku yang bergerak dari titik A ke titik B dengan bantuan keringat manusia, tanpa perlu singgah isi petrol di stesen minyak, basikal adalah satu kenderaan paling jimat untuk dioperasikan, dan sangat boleh diharapkan.

Oleh kerana matlamat awal penciptaan basikal supaya ia  hanya menjadi satu kenderaan super murah dan mudah, basikal sering dianggap biasa-biasa saja, namun kini basikal sudah berevolusi, kesan keberanian manusia menjalankan "mutasi", kini basikal sudah diangkat menjadi satu karya seni.


Chris Connor ialah seorang pakar kayu yang sangat berpengalaman dalam penghasilan perabut kayu, gitar dan juga pembesar suara, seorang manusia berani yang keluar dari kebiasaan penciptaan basikal,  beliau pada awalnya telah menghasilkan basikal "Woody 29er Scorcher", sebuah basikal "cruiser" dengan tayar saiz 29 inci menggunakan kerangka dari kayu yang diperkuat dengan gentian kevlar.

Menjawab soalan yang diajukan sewaktu pameran diadakan di Denver Convention Center, Amerika syarikat pada tahun lepas, Chris Connor yang telah mengasaskan syarikat Connor Wood Bicycles yang khas mengeluarkan model basikal dengan kerangka kayu ini menjelaskan bahawa pemilihan kayu sebagai kerangka basikal kerana selain ianya kuat dan teguh, ianya mampu memberi lebih keselesaan kepada penunggang kerana kayu secara semulajadinya berupaya melentur untuk menyerap hentakkan.

Syarikat yang diasaskan pada tahaun 2012 itu mengeluarkan 2 model iaitu Woody Scorcher dan Woody Cruiser ianya boleh ditempah dalam saiz kecil, sederhana atau besar, pelanggan juga boleh memesan sama ada mahu menggunakan pacuan rantai jenis single speed atau carbon belt drive serta banyak lagi pilihan unik lain, namun harus menunggu 3 bulan sebelum kerangka yang dipesan mereka siap.


Untuk memiliki sebuah karya seni kebiasaanya bukan sesuatu yang murah, harga asas bagi rangka basikal ini sendiri sudah cukup meyakinkan kita bahawa karya seni ini bukan sebarangan, sejumlah US$2500 perlu dilaburkan hanya untuk rangka sahaja, sementara itu harga bagi sebuah basikal lengkap boleh mencecah sehingga US$3500.

Bagi sesetengah orang soal wang bukan isunya, tetapi kepuasan memiliki sesuatu yang mampu dipanggil karya seni itu lebih memberi kepuasan, apa lagi jika ianya sesuatu yang melagkaui daya imiginasi fikiran.



 APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments