Random Posts

header ads
header ads

Basikal Konsep Cannondale CERV


Apakah mungkin ini bentuk basikal lumba pada masa akan datang?, mungkin ada yang tertarik dengan rekaan ini, dan ada juga yang mencemuh.

Rekaan radikal tanpa pemacu rantai, inilah sebuah basikal lumba jitu yang dihasilkan dari idea pengeluar basikal jenama Cannondale dengan kerjasama Priority Design, sebuah syarikat pembangunan di Ohio, Amerika Syarikat.


Diberi nama Cannondale CERV (Continuously Ergonomic Race Vehicle) idea pembangunan basikal ini ialah supaya penunggang mendapat posisi kayuhan paling efektif tanpa mengubah corak tunggangan, sebalinya jentera ini dengan sendirinya menyesuaikan "talaan" nya sendiri dengan mengubah ketinggian pelana dan jarak bar hendal mengikut corak tunggangan. 

Bagaimana ia berfungsi, baiklah, ketika mendaki bukit, ketinggian pelana akan sendirinya naik, bar handle pula akan jadi lebih kehadapan, jadi dengan cara ini penunggang dapat kedudukan mendaki bukit yang lebih effektif tanpa perlu bangun dari pelana seperti kebiasaan.

Ketika menuruni bukit pula, ketinggian pelana akan berkurangan, bar handle pula akan menjadi lebih pendek, kedudukan itu akan menjadikan kedudukan penunggang lebih tegak, lantas memberi lebih keyakinan dan kawalan ketika menuruni bukit.

Sementara pada jalan yang landai, ketinggian pelana dan bar hendal adalan pada kedudukan diantara mendaki dan menuruni bukit, ini menjadikan penunggang lebih aerodinamik dan selesa., bagi mencapai kedudukan begitu, jentera ini direka dengan kedudukan pelana yang boleh naik atau turun setinggi 100mm, bahagian handle pula mempunyai jumlah travel sebanyak 85mm.

Namun untuk mendapatkan sebuah jentera seperti itu, sepit udang ( fork) biasa tidak boleh diguna pakai untuk jentera ini, untuk menyelesaikan masalah tersebut Priority Design team telah mereka sistem gantungan hadapan jenis single sided supaya dapat disesuaikan dengan fungsi basikal ini.

Dengan ketiadaan sepit udang seperti yang diguna pakai seperti basikal biasa, Priority Designs telah membangunkan satu makanisma yang membolehkan pergerakan handle bar dihubung terus ke roda hadapan, makanisma ini dipasang didalam kerangka bagi mendapatkan bentuk yang kemas selain dari alasan aerodynamik, tanpa sistem pacuan menggunakan rantai, Priority Designs telah mengantikan keseluruhan sistem tersebut dengan pemacu shaft yang juga disembunyikan dalam kerangka basikal. 

Bagi sesetengah orang, rekaan seperti ini agak keterlaluan, ianya terlalu radikal, tapi disitulah sebenarnya keindahan basikal, kadang kala ia dihayati sebagai satu hasil seni, manakala sudut lain pula ia lebih kepada satu " interpretation " teknologi.


APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments