Random Posts

header ads
header ads

Cerita pasal Pedal Pusher


Kalau korang nak tau macam mana PedalPusher ni tertubuh, sebenarnya tak pernah dirancang pun, semuanya secara tiba-tiba je. dan tak sangka pulak dalam usia belum pun sampai 6 bulan ( mula aktif dekat facebook pada akhir 2012 ) members PedalPusher dekat facebook dah dekat-dekat 100 orang.

Walaupun tak semua aktif berkayuh, tapi kebanyakkannya aktif bagi respon dan komen dekat facebook page tu.

Tak macam kelab basikal lain, Padel pusher ni unik sikit, selalunya yang join kelab basikal ni akan cari kelab-kelab basikal yang dekat dengan kawasan diaorang, atau pun join kelab basikal dekat tempat kerja atau pun tempat diorang belajar.

PedalPusher ni pulak lain,bukan setakat kawan-kawan dari lembah kelang join, ada kawan-kawan yang duduk dekat Sarawak, jauh di Negeri Sembilan , Tanjung Malim pun join jugak.

Tak kisah la, ada yang tak pernah jumpa pun, setakat sembang dalam facebook je,  janji minat sama, boleh cerita pasal basikal dah ok dah kan.

Oklah, camne leh tertubuh PedalPusher ni?

Nak jadi cerita sebab kemaruk nak main basikal carilah kawan, mula-mula bertiga, kemudian berdua, kemudian datang sorang lagi kawan dah bertiga balik.

Mula-mula saje buat logo, lepas tu create group dekat facebook, nama tak sesuai, tukar pulak nama, tukar lagi logo ( sampai arini perbalahan logo mana yang nak pakai belum abis lagi ), hujung minggu kayuh.. member bawak member.. join facebook. invite lagi member.

Tup-tup dah ramai yang join, dah sibuk pulak sekarang komplen takde baju kelab. hahaha. ( kalau ada kedai nak sponsor kan bagus )

Alhamdulliah sekarang setiap hujung minggu dah tak macam dulu, boleh kata ada je aktiviti, untungnya dalam group nei semua jenis hujung minggu kaki sakit-sakit, kene pegi kayuh baru lenguh-lenguh tu hilang.

Bestnya lagi dalam group nei semua peringkat umur ada, muda tua, anak dan bapak pun ada, adik dan abang pun ada, cuma yang belum ada laki dan bini je lagi..

Untungnya member dekat pedalpusher ni ialah semua jenis sporting, saling memahami dan tak terasa diri dia macam sangat best.. ( kira tak poyo la, kalau ada pun yang poyo mungkin aku ) so takde la kes makan hati dan mengelak-ngelak bila ajak ride lagi sebab kecik ati.

Cuma tu, kadang-kadang kesian tengok member yang datang dari jauh semata-mata nak ride sekali, tapi bila fikir-fikir tu la dia semangat setia kawan...

Mana nak dapat kawan macam tu kan. boleh kata kira satu kepala la.

Ok, la.. merepek panjang berjela bukan korang baca pun... nak rasa best jom la join kami... klik je la link  ni untuk join kami dekat facebook group pedal pusher.

Senang-senang nanti aku karang la cerita aktiviti yang lepas tapi baca boleh, jangan percaya bulat-bulat pulak.

Salam....

APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

1 Comments