Random Posts

header ads
header ads

Jelajah Sungai Sendat 1.0



Ini sebenarnya kisah lama,siri jelajah ke Sungai Sendat nei kami buat tahun lepas ,30 December 2012, kira-kira ni kayuhan penghujung tahun la ni, disertai oleh aku sendiri, Omar, Gaban, Acai, Faris, Sahak dan Kimi.

Seawal 7 pagi omar dah call... nampaknya omar dah tak sabar nak ride arini... dia kata dah jumpa acai dan abgnya si faris, faris pertama kali join Pedal Pusher... rupanya diorang pun tak sabar jugak... sambil tunggu aku siap.. diorang lepakx2 sarapan.. sebenarnya aku tak tau kenapa aku lambat bangun haritu, agaknya teruja sangat nak berkayuh sampai terlewat tidur agaknya.

Jam lbh kurang 730 semua dah siap, aku, omar, acai dan faris ... serta gaban yang tak bawak basikal jenama giant pun gerak la ke Antara Gapi, kami berjanji nak jumpa rider lain dekat sana.

Sampai kami disana 2 rider handalan dan berpengalaman dan tunggu kami, Sahak dan Kimi anak beranak berkayuh lebih kurang 15 km dari rumah untuk tunggu kami yang lewat sampai sebab aku lewat bangun . 

Selesai turunkan basikal dari kereta, maka kami pun berkayuh-kayuhan santai la laksana orang sedang melancong hujung minggu.

Kayuh naik turun bukit, tengok gunung ganang, padang rumput, tasik, ayam lembu, angsa dan itik maka kami sampai la ke Ulu Yam. (belum sampai lagi ke sungai sendat)

Sebab ni rata-rata bagi kami 1st ride maka kami pilih jalan paling singkat untuk ke sana. 

Sahak bawak kami masuk ikut jalan kampung cina.kebetulan bab ini yang sebenarnya aku sangat suka, kampung cina memang selalu ada anjing yang besar-besar sebab tuan dia memang suka bagi makan banyak-banyak, ada jugak anjing kecik yang comel tu tapi perasan besar, aku picit kang tau la.,  

Bukan apa aku ni pantang dengar salakan anjing... sebab dah ada pengalaman 2-3 kali kene kejar anjing.. rata-rata yang lain pun sebenarnya cemas tapi diorang kaber-kaber stedy je, semua kayuh super laju dan rapat je... kalau kene kejar dengan anjing diorang berharap diorang bukan orang paling belakang.. aku tau semua taktik diorang tu.

Ingatkan selesai azab kene salak anjing dekat kampung cina tu berakhir penderitaan, rupanya belum lagi, kayuhan hari ini memang best, untuk ke tempat perkelahan Sungai Sendat tu saja , kami berkayuh atas jalan tar, dan terpaksa lalui jalan berbukit. bab jalan panjat bukit tu yang paling best... selalu buat salah jugdement, bukit masih jauh tapai tenaga dah nak habis

Setengah jalan kami berenti, ambik nyawa, ada yang mengah sampai nak muntah, ada yang minum air macam baru keluar dari padang pasir, ada jugak yang bantai hisap rokok.. power extra kata diorang. hahaha. lepas bukit tempat kami berenti tu, tenaga dah recover cikit, jadi kami terus la kayuh sampai ke sungai sendat tu, memang best tempat nei.

Sebab kami mahukan tempat mandi yang ekslusif jadi kami kayuh balik ke bahagian muara sungai yang tak ramai orang, jadi kami boleh buat apa je kami nak, punya excited omar hari tu sampai dia bawak 2 bungkus biskut tiger untuk kudapan sambil berkelah, tapi sebab acai bawak kamera boleh masuk air, aku terutamanya jadi batak cikit, lupa biskut tiger yang omar bawak.

Maka dengan "kebatakan" yang amat sangat, kamera moden acai jadi mangsa haritu, kami rendam dalam air sebab nak ambik gambar muka dalam air. abis bab bersuka ria, kami kayuh balik, kali ni sahak bawak layan offroad pulak.


Aku ni kalau nak ikutkan lagi suka off road berbanding kayuh atas road, dalam hutan nei sejuk. lagi pun jalan yang sahak bawak nei best , lalu tepi sungai.. kanan bukit... ada semak dan lopak.. ada akar ... getah scrap pun banyak... memang seronok layan... seronok sangat sampai omar lupa ambik gambar kat sini kata nya.. ( takle cite lebih.. datang rasa sendiri rasa ) 

Maka lepas puas bermain dengan liku-liku di single track nei,  akhirnya kami sampai kat jambatan kem bina semangat.. kawasan ni memang banyak kem... kata acai best kayuh kat situ  kalau awekx2 Universiti  tengah motivasi.. 

Keluar dari kawasan tu, kami dibawa pulak pusing-pusing kampung Ulu Kalong,  memang rasa damai je kampung tu.. best oo pemandangan pun cantik.. aku rasa ni ride yg paling cantik pemandangannya ... sampai sekarang memang kalau ride dekat sekitar sana aku masih lagi teruja, bagaimana kampung dijaga sebegitu cantik laksana satu taman percutian.

Dah tu kami plan nak naik bukit... kami ikut la ladang sawit... dengan hati bungax2 laksana sakura kembang di musim salju , hati jadi seronok sebab nak masuk hutan lagi.. 

Tapi tiba-tiba... basikal omar ditimpa masalah.. hub belakang lose...omar takle kayuh dah... kami jadi kaget, kenapa ini terjadi, macam - macam kami fikirkan, bagaimana nasib omar, apakah omar terpaksa kami tinggalkan sendirian, muka Fariz abang si acai jadi pucat lesi, mungkin Faris terfikir bagaimana kami mahu berpatah balik ke tempat letak kereta yang jauh dibalik bukit sana.

Mungkin Faris fikir malam itu kami terpaksa berkemah dalam hutan, tidur bawah pokok kelapa sawit tanpa tilam dan bantal empuk dirumah. Faris diam seribu bahasa membisu kaget sekali.

Kemudian Kimi si budak sekolah, bagi idea yang memecah kebuntuan kala kaget menguasai kami semua, kata kimi "tolak je basikal omar tu" terus idea kimi buat kami semua lega, rupanya basikal kalau tak boleh kayuh masih boleh lagi ditolak. 

Maka kami pun bekerjasama lah, kerana apa yang penting ialah kerjasama, jadi kami bersatu padu la tolak basikal omar sorang cikit.. tolak omar laju-laju macam basikal ada enjin,.. kira omar bebetul makan angin la arini... haha.. tolak punya tolak punya tolak sampai kedai basikal Tan Batang kali.... 

Tan kedai basikal memang baik hati, dia pinjamkan omar rim belakang berserta hub supaya kami dapat kayuh balik semula ke Antara Gapi, omar menarik nafas lega sebab dah boleh kayuh balik, kata omar dia sanggup kalau nak patah balik masuk hutan, tapi Acai dan Faris yang enak meneguk 100 plus yang dibeli dari kedai untie sebelah mengeleng-geleng kepala tanda tak setuju. jadi kami putuskan untuk balik saja.

Faris yang dari tadi senyum meleret sebab lega tak perlu tidur dalam hutan memulakan kayuhan balik ke tempat letak kereta, dia masih tak tahu ujian yang akan ditempuh dihadapan, 10 minit berkayuh ke Antara Gapi Faris masih mampu tersenyum, tapi 15 minit kemudian bukan sahaja Fariz, tapi semua dah tak  mampu tersenyum lagi, muka semua mula dah  jadi kelat.

Mana tidaknya, pilih untuk balik dari Batang kali ke Antara Gapi lalu jalan raya di rembang tengah hari memang panas , sudahlah matahari terik, bahang naik dari jalan, tayar jenis offroad pulak memang terasa berat sekali kalau guna atas jalanraya. tapi itu lah seronok main basikal MTB nei, kalau nak rasa ringan dan laju atas jalan, jangan pakai MTB..
pakai je MPV. haha.

Maka lepas kayuh bermandikan peluh akhirnya kami sampai la balik ke Antara Gapi, lepas bersalam-salaman kami berpisah dengan Sahak dan Kimi anak beranak yang laju tu. kami masukkan balik basikal dalam kereta, tapi tak balik terus, melepak dulu sebelum balik rumah masing-masing.

kayuhan kami haritu memang tak jauh sangat, kalau ikut  GPS Acai setakat 30km lebih je, tapi inilah antara ride yang paling best, selepas ride itu, akhirnya kebanyakkan kami jadi makin ketagih dengan keindahan alam sekitar dan kembara best setiap hujung minggu.

Oklah, habis cerita episod 1 ni, semua watak dalam cerita ini benar, tapi jangan percaya bulat-bulat dengan cerita ni, kalau nak masak kene letak banyak rencah baru sedap masakan tu, kalau nak cerita pun kene tambah-tolak cikit bagi macam best..  kalau tengok banyak lagi gambar ride ni klik je kat sini, tapi kalau korang nak rasa best lagi, follow je kami hujung tiap hujung minggu.



APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments