Random Posts

header ads
header ads

Konsep Basikal Porsche Oleh David Schultz



Semua orang kenal dengan kereta hebat dari negara Jerman yang diberi nama Porsche,selain dari Ferrari dan Lamborghini, Bugatti atau Maserati, jenama anak beranak Volkswagen itu seolah satu icon kereta super pantas terhebat dunia,


Bagaimana sebuah basikal biasa boleh jadi sebuah karya seni berteknologi tinggi?, mari tengok gambar dibawah, dimana teknologi digabungkan sehingga menjadi satu karya seni, hasil imaginasi keterlaluan oleh David Schultz.

Diadaptasi dari kereta lagenda Porsche 911 yang tak pernah ditelan zaman, keseluruhan basikal ini mengambil ilham dari garis-garis kereta itu sendiri.

Kerangka basikal ini dibentuk hampir sama dengan casis badan kereta, manakala bahagian chain stay dibentuk sama seperti bahagian cermin belakang kereta tersebut.

Mengabungkan seluruh ciri-ciri kereta icon tersebut, ringan, tangkas, ringkas, tahan dan tak lapuk ditelan zaman, keseluruhan kompenan basikal ini dibuat supaya berfungsi sama seperti kereta icon itu sendiri.

Perhatikan bagaimana tuas brek dibuat supaya sepadan dengan tombol penukar gear pada kereta tersebut, ianya bukan sahaja dicipta supaya sama dengan instrument asal pada kereta tersebut, malah dicipta supaya ia menjadi sesuatu yang sangat unik pada basikal ini.

Perhatikan pada gambar disebelah, mudguard pada basikal ini dibentuk dengan sedikit lekukan seolah-olah spoiler pada badan kereta, bukan sengaja dibuat supaya nampak hampir sama seperti badan kereta, tetapi diletakkan juga refletor keselamatan.

Selain itu roda basikal ini walaupun adalah mustahil rim dibuat seperti bentuk rim asal kereta tetapi pereka basikal ini bijak mengabungkan ciri moden dan asas supaya dapat kelihatan sama seperti rim asal, formulanya bermain dengan warna,crank basikal ini pula mengambil bentuk rim kereta lagenda tersebut, 

Sesuai dengan teknologi yang diguna pakai oleh porsche, pereka tidak menggunakan rantai seperti yang terdapat pada basikal biasa, beliau telah memilih untuk menggunakan "belt drive" dan hub 8 kelajuan, pilihan ini memastikan pengguna tidak perlu risau dengan isu penjagaan seperti terdapat pada basikal biasa.

Keunikan kerangka tradisional jenis "double diamond" masih menjadi pilihan pereka kerana disamping menampakkan gaya klasik, ia diyakini mampu membuatkan rangka tersebut ringan  dan kukuh berbanding jenis kerangka jenis lain.

Jadi siapa kata basikal ini hanya mainan kanak-kanak?, pada mata orang biasa mungkin ia hanya biasa-biasa, tapi bagi sesetengah orang basikal ini punya "sakti" tersendiri. 



APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments