Random Posts

header ads
header ads

Review Alton DP780 Hybrid




Alton, jenama baru pengeluar basikal dalam pasaran negara ini mempersembahkan sebuah basikal hybrid khas buat penunggang yang mahukan sedikit kelainan pada basikal milik mereka.

Dua orang sahabat dari pedalpusher Omar dan Gaban begitu teruja sekali dengan basikal ini, ianya bukanlah sebuah basikal super pantas yang boleh dibawa berlumba, bukan juga basikal superlasak untuk dibawa redah hutan, tapi Alton DP780 Hybrid ini merupakan basikal jenis urban, sesuai sekali ditunggang dalam bandar.

Kebetulan Omar sering berulang alik pergi kerja menunggang basikal, kata Omar dengan menunggang basikal di bandaraya Kuala Lumpur sebenarnya ia lebih mudah dan cepat berbanding memandu kereta.

Apa yang unik pada basikal ini ianya menggunakan teknologi "Dual Phase"yang digunakan dalam industri automotif bertujuan mengurangkan berat keseluruhan disamping menambah daya ketahanan kerangka. 

Kebiasaannya keluli yang digunakan untuk menghasilkan kerangka basikal mempunyai kekuatan 300Mpa , namun dengan teknologi yang digunakan kerangka ini mampu bertahan sehingga 780Mpa, iaitu  2.5 kali ganda berbanding kerangka jenis keluli bisa, dikatakan hasil proses yang digunakan untuk penghasilan kerangka ini menjadikan ianya lebih kuat berbanding keluli jenis chromoly.

Basikal keluaran negara korea ini menggunakan sistem pacuan 1X8 kelajuan, tukaran gear dioperasikan dengan menggunakan Rear Derailluer Sram X3 dan dipadankan dengan shifter SRAM X4 untuk tukaran gear yang lancar.

Manakala bagi memastikan basikal ini ringan dan selesa ditunggang, kompenen penting seperti crankset, sistem brek, seatpost, handle bar, stem,  dan roda dipilih dari jenis aloi, bagaimanapun sepit udang depan dibuat dari keluli jenis chromoly, pemilihan barangan berkualiti ini menjadikan berat basikal ini hanya sekitar 9.7 kg sahaja.

Dengan harga lebih kurang RM1,380 Alton DP780 ini satu pilihan hebat buat mereka yang mahukan sebuah basikal jenis hybrid yang tampak menarik. sesuai digunakan bagi mereka yang mahu menggunakan basikal untuk aktiviti riadah atau digunakan sebagai pengangkutan dibandar.




APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments