Random Posts

header ads
header ads

Review Pelana WTB Volt SLT


Pelana basikal atau saddle merupakan antara kelengkapan terpenting basikal,, menunggang dalam jarak yang jauh seringkali mengakibatkan rasa tidak selesa ketika menunggang, jadi alangkah bagusnya jika pelana yang kita gunakan selesa. 

Diasaskan pada tahun 1982 , WTB menumpukan pengeluaran barangan basikal seperti roda, tayar, rim, pelana, handle grip kini memperkenalkan pula pelana WTB Volt SLT hasil inovasi selama 30 tahun.

Hanya seberat 229gram, pelana WTB Volt SLT ini mungkin pilihan terbaik bagi anda yang inginkan keselesaan tetapi mahukan pelana yang tidak terlalu berat.

Pelana ini juga dilengkapi ciri-ciri khas untuk menjamin keselesaan penunggang. Asas pelana ini diperbuat dari plastik keras dengan teknologi "confort zone",manakala rail pula dari jenis titanium yang sudah pasti ringan. rekaan "whale tail" dibahagian belakang pelana ini direka supaya anda rasa selesa  bila duduk di atas pelana ini, manakala rekaan lekuk " WTB’s proprietary Love Channel" memastikan keselesaan pada bahagian tertentu. 

Dari segi rekaan pula, pelana ini dibuat dengan reka bentuk hidung condong yang benar-benar memberikan kelebihan ketika duduk dihadapan pelana ketika mendaki bukit, pelana ini juga dibina agak mendatar berbanding pelana jenama lain dipasaran, sekali gus memberi lebih banyak sokongan untuk tulang pinggul anda. 


Namun terdapat beberapa kelemahan pada pelana ini, permukaan berkilat yang dipilih sebagai kemasan pada pelana ini menyebabkan rasa kurang selesa kerana membuatkan pergerakkan pinggul agak terbatas kerana ia akan sedikit melekat pada seluar basikal anda.


Sementara itu asas pelana yang diperbuat dari plastik keras seharusnya dibina lebih mudah lentur bagi memberi lebih keselesaan kepada penunggang.

Harga pasaran bagi pelana ini sekitar RM220.




APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments