Random Posts

header ads
header ads

Sejarah dan Asal Usul Basikal.



Kawan-kawan di Pedal Pusher memang aktif berbasikal, selain bersukan apa kata baca artikel ni, kita ambil tahu dan kongsi sikit pengetahuan tentang basikal.

Kita selidik dari mana asal usul basikal sebenarnya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, basikal bermaksud kenderaan beroda dua yang ditunggang dengan mengayuh pedalnya, basikal juga sebenarnya adalah kenderaan paling popular. mana tak nya, cuba ingat balik dari zaman bila kita kenal basikal?.

Dari kecik lagi, yang beruntung Abah belikan basikal, bila dah masuk zaman sekolah kalau dulu semua sibuk nak basikal BMX, zaman sekarang kalau budak sekolah gila nak ada basikal fixie. popularkan basikal nei?

Ada pendapat mengatakan basikal ini telah wujud sejak tahun 1490 lagi, pendapat pakar mengatakan Leonardo da Vinci telah melakar lukisan konsep satu kenderaan beroda dua tapi pendapat itu tak dapat disahkan kerana lakaran itu buruk sekali, tak ada rupa basikal pun. 



Celerifere ciptaan Camte Mede
Ciptaan yang boleh dipanggil Basikal terawal merupakan skuter kayu menyerupai sebuah mesin mudah dipanggil “celerifere”. Ianya dicipta oleh Camte Mede de Sivac dari Perancis sekitar tahun 1790.

Basikal kayu yang tak ada pedal ini, lebih menyerupai seekor buaya bertayar. agaknya Camte Mede de Sivac ini berangan mahu menunggang seekor buaya.

Basikal awal ini tak ada handle, so bayangkan kalau nak belok, kene la angkat buaya tu sekali kalau nak tukar arah.

Draisienne Ciptaan  Baron Karl   

Kemudian Baron Karl von Daris de Sauerburn, dari Jerman telah mencipta sebuah model yang dilengkapi batang stereng yang disambungkan di hadapan roda  Pada 1817. Ia dikenali sebagai “Draisienne”.

Basikal ini mempunyai dua buah roda yang sama saiz, tetapi tidak berpengayuh. 

Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal ke hadapan dengan menggunakan kaki 

Dia telah mempamerkan basikalnya di Paris pada 6 April 1818.



Basikal Ciptaan  Kirkpatrick Mac Millan   
Basikal pertama yang dilengkapkan dengan pengayuh dicipta di Scotland sekitar tahun 1830 – 1840 oleh  Kirkpatrick Mac Millan  seorang tukang besi dari Dumfriesshire.


Sistem pengayuh  basikal ini menggunakan batang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang.

Ini kerana pada zaman itu mereka belum temui cara nak buat rantai dan casset atau sporket belakang.

Basikal ini berat dan hanya mereka yang gagah seperti "gaban" sahaja mampu menunggangnya.

Oleh kerana ciptaan basikal dengan sistem kayuhan paling asas ini tak dapat sambutan beliau tidak pernah mempatenkan hak ciptanya dan ideanya.

Basikal ciptaan James Starley
Pada tahun 1870, James Starley mencipta basikal yang boleh dikatakan sebuah basikal biasa dimana basikal tersebut mempunyai roda hadapan yang besar dan roda belakang lebih kecil. 

Ciri-ciri ini membenarkan penggunanya bergerak lebih jauh dengan setiap kayuhan. ( mungkin ini basikal jenis 29er pada zaman dulu )


Tapi untuk menunggang basikal tersebut penunggang perlu mempunyai kemahiran  dan latihan yang tinggi kerana basikal ini  bukan hanya betul-betul tinggi malah sebenarnya amat sukar untuk ditunggang. 

Namun pada tahun 1884 segala yang dilakukan oleh  H.J Larson kepada apa yang dipanggil basikal merubah segala-galanya.


Basikal selamat ciptaan H.J Larson   

beliau telah mencipta basikal yang dipacu menggunakan rantai, bayangkan jika tidak kerana ciptaan ini, mungkin kita sedang mengayuh basikal melalui crank (batang pengayuh) yang dipasang terus kepada hub roda hadapan, 



Sudah pastilah tanpa sistem pacuan rantai kita sangat sukar mahu mengawal basikal, sukar membelok apa lagi memanjat bukit, basikal versi terbaru menggunakan rantai ini di  dinamakan ‘Safety”, ( safety? )


Kenderaan bernama basikal seterusnya diberi lebih inovasi oleh John Kemp Starley dengan hasil rekaannya yang diberi nama ‘Rover Safety’. 

Inovasi ciptaan basikal oleh John Kemp Starley   
Basikal ini mempunyai kerusi yang selesa bagi penunggangnya dan pemegang basikal ini dipasang dengan ‘grip’. Basikal ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih dari sebelumnya.


Dan jika kita lihat kepada inovasi yang dilakukan oleh John Kemp Starley ini, kita akan perasan inilah bentuk asas basikal yang diguna pakai dari dahulu sehingga kini, sejak dari itu basikal terus berinovasi dan dimutasikan sehingga hari ini.



Amacam, cukup dulu setakat ni, lain kali kita selak-selak pulak sejarah lain tentang basikal.

APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a Comment

0 Comments