Random Posts

header ads
header ads

Jersi Sulung Pedal Pusher




Ada  yang tanya-tanya kenapa blog ni senyap je, takde entry baru selain dari cerita merapu kayuhan calar balar tempoh hari, sebenarnya bukan taknak menulis atau update cerita-cerita baru, cuma kebelakangan ni sibuk sikit, sampai kadang-kadang tak dapat join kawan-kawan kayuh masuk hutan.

Ok la, ni ade cerita latest pasal Pedal Pusher, pasal jersi rasmi sulung Pedal Pusher.



Semua tengah teruja sebenarnya sekarang sebab jersi ni dah pun dalam proses pembikinannya, Insyallah tak lama lagi kawan-kawan dah boleh pakai pun untuk next event.

Nak jadi cerita, plan untuk ada jersi untuk kelab ni dah lama sangat kami rancang, maklumlah kadang-kadang bila join mana-mana event kami terpaksa la pakai jersi mana ada, masa tu kebanyakkan team lain akan datang pakai jersi masing-masing, memang nampak menarik, kami pula rasa iri hati sebab tengok kebanyakkan jersi team lain lawa-lawa.

Kalau tak silap aku sendiri, keinginan nak ada jersi untuk Padel Pusher ni bertambah kuat masa kami join event iring pengantin anjuran tekas (baca disini), masa tu lah kami ambil keputusan jersi untuk Padel Pusher mesti disegerakan.

So lepas tu aku mula kumpul-kumpul idea, sudah pasti kami tak mahu jersi yang nampak biasa dengan orang lain, kalau boleh biar jersi kami nampak pelik sikit, malah lebih penting bila orang lain tengok je, diorang dah boleh tahu jersi yang kami pakai tu jersi Padel Pusher.

Maka nak pendekkkan cerita bila dah selesai pilih warna, dah selesai buat draf untuk design , maka design tu pun di war-warkan pada semua.respon positif, tak banyak perubahan dibuat lepas ambil kira pendapat kawan-kawan lain.

Paling best lepas semua setuju ialah bagaimana kami nak proses jersi ni, al-maklumlah dalam Padel Pusher tak ramai ada pengalaman tentang hal ni, tapi akhirnya Bro Rozi cadangkan tempah di GS cycle, sebab murah sikit. ( almaklumlah kami tak mampu tempah jersi yang mahal )

Lepas tu bermulalah proses kutip duit pendahuluan, dengan kerjasama Bro Pendi segala-galanya berjalan lancar walaupun pada mulanya ramai yang ambil sikap "tunggu dan lihat".

Ye la, kang bayar-bayar jersi tak siap-siap. bro pendi jalankan tanggungjawab yang sangat berat, beliau dengan sabar menjalankan tanggungjawab tersebut. ( bodek sikit dengan harapan pendi belanja nescafe ais )

Setelah cukup deposit untuk bayar wang pendahuluan, sebelum raya Aidilfitri lepas Bro Rozi telah pun menempah jersi tersebut, dan Alhamdullilah, akhirnya hujung Ogos sample pertama telah pun diserahkan untuk kami persetujui.

Walaupun ada beberapa kesilapan yang kami minta dibetulkan, progres ini mengembirakan, tak lama lagi pasti kami akan meriahkan mana-mana event dengan kehadiran jersi sulung ni.

Nah untuk korang, sedikit design jersi tersebut.






P/S: Maaf, saya sedang belajar menulis secara nerd dan membosankan... :D














APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

2 Comments