Random Posts

header ads
header ads

Dipenjara 72 Bulan Rempuh Pelumba Basikal



KUALA LUMPUR 27 September 2013 - Seorang pekerja sambilan syarikat produksi dijatuhi hukuman penjara 72 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang disini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian ahli Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, tahun lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kes Mohd Nabil Azhar Yahya Arif, 21, di akhir kes pembelaan.

Beliau turut memerintahkan penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda dan lesen memandu digantung serta hilang kelayakan untuk mendapatkan lesen memandu selama tiga tahun.

Mohd Nabil didakwa memandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian Rafizi, 37, di Jalan Lingkaran Tengah 2, Hulu Klang, pada jam 7.45 pagi, 18 Mac 2012 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Noor Farah berkata, kecederaan dialami mangsa konsisten dengan kemalangan yang berlaku akibat impak pelanggaran yang tinggi.

"Berdasarkan kesan brek sepanjang tujuh meter, tertuduh didapati memandu dalam keadaan laju serta melulu dengan memotong garisan berkembar untuk keluar ke susur kiri sehingga melanggar bahagian belakang basikal mangsa dan menyebabkan mangsa terjatuh.

"Mangsa cedera teruk di bahagian kepala dan dasar tengkorak yang menyebabkan kematian di tempat kejadian,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Purnima, tertuduh diwakili peguam Samry Masri manakala Abdul Aziz Hamzah bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga mangsa. - Bernama



P/s Semua jenis sukan merbahaya, hati-hati kawan.



APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments