Random Posts

header ads
header ads

Geometri Basikal, Benda Apa Tu?

SAYA MAHU BASIKAL TRON
Ceritanya macam ni,
Bila aku naik basikal orang lain je aku rasa best, rasa selesa dan rasa macam mana nak cakap pun tak tau la, nak gambarkan lagi la susah sebab aku tak pandai melukis, so korang bayangkan je la sendiri

Beza sangat kalau duduk atas basikal sendiri, rasa cam ada je yang tak kene, cam ape tah rasanya nak cerita pon korang takkan dapat rasa, so korang agak-agak je la macam mana.

Kira camni la, kalau kayuh basikal org, aku rasamacam duduk dalam basikal tu, ala macam cerita TRON la, rasa bergabung dengan basikal tu, tapi kalau basikal sendiri aku rasa betul-betul duduk atas basikal tu, tak bergabung macam dalam cerita TRON tu.

Korang faham tak nei?, sebab aku pun tak berapa nak faham aka  tulis apa ni. buat-buat faham je la.

Tetiba je aku terfikir "ketidaksedapan" basikal aku tu ada kene mengena dengan "Geometri" basikal ke tidak?

Masalahnya aku tak paham pun pasal geometri-geometri ni, so aku cuba nak buat kajian sendiri, ikut apa yang aku paham la.

So Kalau korang baca benda ni sampai abis lantak korang la nak percaya ke apa ke, sebab aku rasa aku pun takkan percaya dengan apa aku tulis nei.


PEMBARIS DAN SESIKU.
Ok sekarang sediakan pen dengan kertas,
Sila salin gambar bawah ni sebab takut korang terlupa pulak nanti apa yang aku nak ajar nei, dengar cakap cikgu ok

Aku tak berapa tahu nak mulakan dari mana, aku rasa baik kita mula dari kiri ke kanan, korang baca dari kiri ke kanan ok.

Kata diorang yang agak pakar geometri basikal ni terbahagi kepada beberapa perkara, tapi aku masukkan yang penting-penting je la, aku malas nak tulis panjang-panjang, sebab aku dah agak mengantuk sebenarnya lepas taip perenggan ke dua tadi.

So korang baca je la basic-basic pasal geometri basikal ni ye, maaflah kalau bosan, sebab bab study-study ni memang bosan sikit, main lompat-lompat dalam hutan tu memang tak bosan.


SUDUT KEPALA
Yang ni dorang kata bagi kesan paling besar dekat basikal kita,.

Secara mudahnya sudut dikira dengan degree, makin besar degree ukurannya, sudutnya menjadi semakin "menegak"(steep) , jika sebaliknya ia jadi lebih condong (slack).

Kalau korang perasan basikal Cross Country (XC) kedudukan sudut kepalanya lebih menegak berbanding sudut bagi basikal turun bukit laju-laju macam orang gila tu.
Korang yang tak berapa pandai macam aku mesti tertanya-tanya kenapa perlu berbeza sudutnya?.

Macam ni ceritanya, sudut kepala yang lebih "menegak" tu akan memudahkan korang mendaki bukit, malah nak pusing handle kiri ke kanan pun lebih mudah, kalau main XC dalam hutan senang nak kawal basikal, tapi masalahnya bila turun bukit yang curam, sudut yang agak menegak ni akan buat kawalan kurang baik sikit, jadi kemungkinan korang makan tanah tu lebih sikit.

Basikal turun bukit laju-laju macam orang gila tu pulak sudut kepalanya lebih condong, ini bagi memudahkan diorang turun bukit dengan mudah, lagi senang kawal sebab geometri jenis macam ni lebih stabil dalam kelajuan tinggi, tapi nak pusing kekiri kanan dan kiri balik payah sikit, kena banyak gunakan gerakan badan pulak.

Secara ringkasnya bawah ni ukuran sudut asas yang sering digunakan untuk jenis basikal berbeza fungsi.
  1. Cross Country (XC) - 70 ke 71 darjah
  2. All Mountain    (AM)-  69 darjah
  3. Freeride/Downhill -  66 ke 67 darjah
Tapi dalam zaman serba moden ni  korang senang dah nak tukar sudut kepala basikal korang ikut selera korang, asalkan korang mampu melabur lebih sikit beli fork depan jenis mahal-mahal supaya korang boleh ubah-ubah sudut tu.

Camne nak ubah?

Fork jenis mahal boleh ubah "travel" antara 80mm -140 mm lebih kurang camtu la, bila korang rendahkan bahagian depan ni lebih kurang 2 inci, maka korang akan dapat sudut "menegak" sekitar 1.5 ke 2 darjah, sesuai kalau korang nak panjat bukit.

Tapi kalau hari tu korang rasa korang dah mula gila nak main turun-turun bukit, panjangkan je "travel" fork korang tu panjang sikit.

Ikut suka korang la nak adjust macam mana pun kan.


SUDUT TEMPAT DUDUK
ok, korang mesti kene faham juga ye bahawa kecondongan tempat duduk atau lebih dikenali sebagai "Seat tube angle" ni pun main peranan jugak sebenarnya.

Lebih kurang jugak penjelasan macam dekat atas tadi, makin "menegak"(steep) seat stay tu makin sesuai mudah korang kayuh naik bukit, kayuhan jadi lebih optimum, selalunya basikal XC sudut nya memang agak tegak sikit,

Basikal jenis turun bukit laju-laju macam orang ilang akal tu memang selalu sudut seat staynya agak lebih condong kebelakang sikit, ini bagi memudahkan diorang turun bukit, sebab bebanan yang lebih pada bahagian belakang basikal akan menyebabkan basikal tu lebih stabil bila turun bukit, jadi kemungkinan masuk semak tu kurang sikit la.

Walaupun camtu, kesannya pulak kayuhan jadi kurang optimum.

Tapi takpe, korang boleh sesuaikan kedudukan saddle korang untuk buat "fine tune", adjust kedepan atau kebelakang untuk ubah sikit posisi tungganggan.

Bila nak main panjat bukit, kedepankan seat korang, tapi bila laluan tu banyak main turun-turun bukit, kebelakangkan je saddle korang supaya lebih mudah kawal basikal turun bukit.

FAHAM TAK NI?


TOP TUBE & STANDOVER 
Top tube ni palang tengah yang menghubungkan bahagian atas tiub kepala ke tiub saddle korang, dulu kebanyakkanya lurus je, tapi sebab nak beri lebih kelegaan berdiri (Standover height) terutama kepada basikal MTB, top tube MTB sekarang banyak yang dibuat melengkung atau  curam kebawah.

Tujuannnya bila korang terpaksa melompat dari basikal, takde la korang tersangkur dekat palang tengah tu., ala bab ni nanti korang dah masuk hutan korang paham sendiri la.


Dulu rangka basikal MTB ni banyak berbentuk berlian (Diamond) sekarang dah jadi macam bentuk tiga segi, bagi aku bentuk frame 3 segi ni lagi cun, ( bagi aku la)

Sebenar ukuran panjang top tube ni memainkan peranan pada "kesedapan" menunggang, kalau terlalu panjang sangat kita terpaksa merenggangkan badan untuk capai handle, tapi kalau terlalu pendek, kita mesti rasa lebih tak selesa sebab terasa kedudukan agak sempit.


Selalunya top tube ni berkaitan dengan saiz basikal, makin kecil basikal tu, makin pendek panjang top tube tu, sebaliknya kalau makin panjang top tube tu, semakin
gajah la saiz basikal tu. jadi sebelum beli basikal ukur betul-betul dulu yang sesuai dengan saiz korang, jangan main beli je.

Ok, kalau korang dah beli saiz yang sesuai tapi rasa nak adjust sikit supaya korang rasa selesa, korang boleh tukar "Stem" ikut saiz yang korang suka.

Ingat, semakin panjang "Stem" tu semakin kedudukan kayuhan korang akan kedepan, ini lebih memudahkan korang untuk memanjat bukit, malah kedudukan kayuhan korang akan lebih erodinamik, kata orang lebih "potong angin"

Sementara "Stem" lebih pendek akan membuatkan korang lebih mudah kawal basikal semasa turun bukit, memberi kedudukan menunggang yang lebih selesa.

Jadi korang pilih la sendiri, tak payah ajar kan, tak faham korang tanya dekat membe-membe korang.




BOTTOM BRACKET
Huh, panjang betul nak terangkan benda-benda ni semua, aku sebenarnya tulis je, tak berapa faham sangat pun, tapi alang-alang dah tulis kene la habiskan.

Ni bab bottom bracket pulak, tempat dekat mana bearing untuk "crank" korang dipasang, bagi aku macam tak berapa releven nak tulis ni, sebab walaupun dia berkaitan dengan jumlah "kelegaan" (Clearance ) antara body basikal dengan permukaan jalan, Crank selalunya akan sangkut jugak.

Tapi boleh la jugak kita bincangkan sikit sebab bottom bracket ni ada kaitan dengan pusat graviti (Centre of gravity) yang ada kaitan dengan keseimbangan basikal.

Kira makin rendah bottom bracket tu basikal korang lebih stabil sikit la kan dari bottom bracket yang agak tinggi tu, tapi kalau nak jatuh jatuh jugak, tak kira la tinggi rendah

Tak tahu la betul atau tak, tapi kata pakar, basikal  yang mempunyai travel lebih panjang macam basikal main lompat-lompat atau yang jenis soft tail bottom bracketnya lebih tinggi bagi memberi ruang kepada suspension sag (aku tak faham sangat benda suspension sag ni sebenarnya), so korang kaji la sendiri nanti.

Secara ringkasnya bawah ni ukuran ketinggian bottom bracket yang "Kebiasaannya" untuk berbilang jenis basikal.

  1. Hard tail  - 11.5 ke 12 inci
  2. XC Fulsas -12 ke 13 inci
  3. All Mountain -14 inci
  4. Freeride/Downhill - 14.5 ke 16 inci
Tips yang pakar-pakar beri , kalau korang jenis suka-suka main MTB dalam hutan dan jenis tak berapa nak redah jalan penuh liku, jadi pilihlah bootom bracket yang paling rendah.

Tapi sebaliknya kalau korang jenis hardcore suka trail jenis teknikal dan danyak halangan, carilah yang tinggi sikit bottom bracketnya.

Tapi kalau crank/chainring korang asyik tersangkut je, cuba tukar crank yang kecik sikit dan boleh cuba pakai bashguard, tak caya tips ni korang test la dulu ok.


CHAINSTAY

Chainstay yang lebih pendek itu lebih menyeronokkan, selain tayar belakang akan lebih mencengkam bila mendaki bukit kerana kedudukan korang yang kira berada betul-betul di bahagian atas tayar belakang tu, mengikut kata pakar mengambil selekoh juga lebih mudah.

Selain tu  kata mereka lagi, korang lebih senang untuk " wheeley", ini berguna masa main dalam hutan, senang nak angkat-angkat tayar belakang.

Namun begitu, kata diorang lagi panjang pendek chainstay juga dipengaruhi oleh panjang travel belakang, ruang tayar dan panjang rantai tak paham sangat pasal benda ni, cuma chainstay terpendek beri lebih keseronokkan menunggang kata diorang,

Oleh itu, dapatkan basikal dengan chainstay yang terpendek tetapi masih dapat memenuhi keperluan anda untuk ruang tayar dan travel yang cukup ye kekawan.

Tapi kalau chainstay korang panjang dan ada banyak ruang lagi, cuba-cuba pinjam rim 27.5 inci kawan-kawan korang, mana tau ngam, boleh upgrade basikal korang jadi 27.5 pulak kan, untung la....


WHEEL BASE
Dah masuk bab terakhir dah pun, letih tulis panjang-panjang ni, aku rasa korang tak baca pun, korang tengok gambar je kan, kalau ada yang baca sampai takat ni aku ucap tahniah la sebab korang berjaya habiskan membaca artikel bosan ni.

Aku pon bosan je tulis benda-benda ni semua, tapi dah setengah jalan pun kan. hentam je la sampai habis.

Wheelbase ni ukuran dari jejak tayar depan korang hingga ke jejak tayar belakang basikal korang.

Aku malas nak tulis panjang-panjang sebab bab ni memang tak boleh nak adjust dah, apa yang korang beli tu la yang korang dapat, tapi aku tak tau la kalau korang kretif boleh ubah  (Ubah saiz tayar tu bab lain).

So macam ni secara ringkasnya, makin pendek wheel base korang basikal korang jadi makin lincah, tapi kurang stabil, kalau panjang wheelbase basikal korang makin stabil la basikal korang terutama masa tengah laju, cumanya basikal korang jadi agak pemalas sikit.


OK, ada satu lagi ukuran yang aku lupa nak cerita, ukuran pasal artikel ni, panjang sangat, makin panjang artikel mestilah makin boring kan, tu je.

Ok bye, nanti aku fikir nak tulis ape lagi ok, kalau yang salah2 fakta dalam artikel ni tu aku sengajakan, sebab aku memang kedekut ilmu... hahahaha.

APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a Comment

0 Comments