Random Posts

header ads
header ads

1st Ride - Sepatu Basikal LAKE MX 236




Aku rasa tak pernah lagi buat review pasal produk dekat blog ni, beberapa kali dah mintak kawan-kawan yang boleh review barangan bagi sikit info untuk dikongsikan tapi diorang malu-malu pulak.

Kalau nak tunggu ada kedai sponsor barang untuk test memang jangan harap la, kalau ada yang nak bagi pun diorang bagi test botol air je... tu nak buat apa.

So kali ni aku buat sikit review ringkas pasal kasut untuk montainbike jenama Lake, disamping tu  aku akan review jugak  pedal clipless Shimano SPD PD-M530 dan sikit pengalaman aku masa mula-mula pakai benda cangkuk kaki dekat padel ni.

PROLOGUE

Alkisah hari tu aku berkayuh santai la bersama Sahak dan Faizal 29er setelah sekian lama aku tak dapat berkayuh.

Pagi tu Sahak macam biasa lah sampai awal dan yang paling bestnya Sahak menggunakan sepasang sepatu (kasut) berwarna putih yang sangat luar biasa, dan sahak jugak pagi tu dah pakai sepasang pedal yang luar biasa jugak putihnya.

Sepatu tu bukan sebarangan, Sahak dah mula menggunakan sepatu khas untuk main basikal, jadi aku memang tertarik sangat nak tahu cerita lanjut pasal sepatu tu sebab sebelum tu aku dah tengok ramai cyclist power-power pakai sepatu macam tu jugak.

Jadi hari tu masa kami duduk lepak sarapan lepas kayuh-kayuh tu cerita banyak berkisar pasal sepatu dan pedal klip, yang sering dipanggil sebagai "Clipless".

Pelik kan, kenapa kasut dan pedal ada klip ni dipanggil "Clipless" padahal purpose utama kasut macam tu untuk klip kaki tu dekat pedal.

So aku diberitahu oleh Sahak pengalaman dia gunakan kasut tu membuatkan dia rasa lebih efficient bila mengayuh, katanya lebih mudah bila naik kayuh naik bukit., seriously aku tertarik sangat dan hampir terbeli sepatu serupa itu hari tu jugak, tapi masa tu kesabaran aku masih tinggi lagi.


2 MINGGU SELEPAS ITU


Kebetulan aku cuti, jadi pagi-pagi aku dah bangun dan dah ready untuk pegi kedai Tan di Batangkali, memang aku dah cukup bersedia untuk satu perkara, beli kasut clipless.

Aku takkan faham apa yang diceritakan, kalau aku sendiri tak rasa, jadi lepas beberapa ketika aku tak habis-habis kaji pasal kasut dan pedal klip ni, aku tekatkan hati untuk beli.

Malangnya perjalanan jauh ke kedai Tan menghampakan aku, semua kaki cycling ni besar-besar belaka gamaknya, kasut klip kat kedai Tan memang ada banyak, tapi semua saiz gergasi, saiz aku tak ada walaupun aku dah selongkar habis kotak kasut Shimano dekat kedai Tan.

Agak malang, tapi terubat sikit ke gundahan hati aku sebab dekat kedai Tan aku jumpa pedal jenis aku nak, jenis sama macam sahak punya tapi warna hitam, lagi best Tan yang meniaga macam suka-suka tu jual dengan harga bawah budjet aku.

So aku  beli la pedal tu.. Shimano SPD PD-M530.


PEDAL WARNA HITAM

Ok, aku review sikit pasal pedal ni,

Pedal ni adalah pedal entry lavel untuk newbie baru nak naik macam aku, kira takde la mahal sangat berbanding dengan kualitinya, satu review blog terkenal pasal MTB kata pedal ni adalah yang terbaik kalau kita nak kira jumlah wang yang kita laburkan.

Aku bab nak review lebih teknikal memang aku tak reti la kan, tapi aku tak jumpa part plastik pada pedal ni, dan aku percaya pedal ni kira kuat dan lasak la, al-maklumlah main basikal redah hutan ni akan langgar semua benda, jadi kalau plastik cepat jahanam la kan.

Blog pasal basikal tu, Bike Radar.com bagi penarafan 4 setengah bintang untuk pedal ni, "High-end performance without the high-end price tag attached" katanya dalam review diorang.

Ok, aku minat bentuk pedal ni yang sebenarnya, selain nampak kemas dan nampak kukuh, platformnya pun besar, jadi kalau aku pakai kasut biasa untuk kayuh pun takde la jadi masalah.

Cuma yang agak tak berapa best, pedal ni agak berat, susah-susah aku cuba ringankan basikal, sebab pedal ni basikal jadi berat balik, sebelah pedal ni beratnya lebih kurang 224g , kalau sepasang dan 448g, dah dekat setengah kilo, banyak tu wooo.

Buat masa ni aku puas hati dengan kelembutan pusingan pedal ni, tak rasa tersekat-sekat pun, tapi dalam masa beberapa bulan dengan penggunaan lasak tu aku belum tau la lagi macam mana kan. tu nanti la cerita.

Pasal SPD mechanismnya pulak, aku sebagai newbie ni puas hati la, tensioner nya boleh diadjust-adjust tahap kejituannya, klipnya jenis dual sided, jadi senang nak klip kasut kat situ berbanding yang jenis single sided.

Buat masa ni aku takde masalah nak cangkuk kasut dekat pedal ni, dan takde masalah sangat nak bukak cangkut tu bila nak berenti, so newbie macam aku, ni jenis pedal yang sesuai untuk kita.

Harga tak mahal sangat, dekat kedai Tan dijual RM120 macam tu, ada jugak kedai lain yang jual dalam RM165 macam tu, jadi pandai-pandai la cari kedai yang harga murah-murah (kalau poket korang tebal sila lah beli yang mahal, boleh aku review pedal lain pulak)


MISI MENCARI KASUT


Pedal aku dah beli, jadi kasut pun kena la beli kan, aku dah pasang niat dari awal lagi nak cari kasut jenama Shimano jugak, aku ni jenis tak berapa suka sangat campur-campur, kalu boleh biar semua sama.

Tapi dah belek habis dekat kedai Tan tu, satu-satu kotak aku selongkar tapi saiz kaki aku takde pulak, agaknya yang saiz aku ni la kot yang paling laris.

Jadi lepas agak kecewa dekat kedai Tan, aku bawa kedukaan tu ke kedai "Amoi" pulak, pun dekat Batangkali, masalahnya aku tak tau kenapa panggil kedai "amoi" yang jaga kedai tu seorang budak lelaki bercermin mata tebal dan nerd.

Sampai dekat kedai tu aku terus tanya pasal kasut, aku tengok ada kasut Shimano, Giant dan Lake.

Aku mintak dia keluarkan satu-satu, sebab aku nak belek-belek dulu, Giant aku reject awal-awal sebab aku tak pakai basikal giant, so aku ambik Shimano, dan try pakai tanpa tengok saiz.

Malangnya tak muat, apek jaga kedai tu pun mula la belek satu-satu kotak, dan dengan denyuman super memikat dia pun keluarkan satu kasut dari kotak shimano, memang kasut tu saiz kaki aku, sambil tersengih dia mintak aku try.

"Apek, saiz sudah ngam, tapi ini kasut road apek, saya mau MTB punya"  kata aku dekat apek yang nampak blur dan nerd tu, aku mintak kasut untuk montaibike, tapi dia bagi kasut untuk road, aku pun blur kenapa aku terus ambik dan try pakai.

So dah cari, kasut jenama Shimano yang macam aku nak tu takde, yang kecik dan sempit tadi itulah satu-satunya stock yang tinggal, kasut tu sangat lawa, berwarna silver dan hitam matt, sangat menarik hati dan nampak seksi. aku kecewa lagi.

Kali ni cuma ada satu pilihan lagi pilihan, kasut jenama Lake, aku pelik kenapa suka letak nama bukan-bukan, kenapa letak basikal nama "gergasi (Giant)" kenapa letak nama kasut sebagai   "tasik (Lake)" pelik betul aku.

Tapi tak kisah la pasal tu,  kasut saiz ada, aku try dan ngam. dan beli, apek bagi special price, dan dia tak bagi aku cakap dekat sesape harga dia bagitu sebab dia nak abiskan stock cepat. cuma dekat kotak dia letak harga RM388., pandai cari dan bodek korang leh dapat murah. (cari apek blur dan buat dia gelak-gelak hepi)


SEPATU LAKE MX236


Aku review sikit pasal kasut ni, Lake MX236 adalah kasut MTB kelas pertengahan keluaran syarikat pembuat kasut untuk cyciling tu.

Apa yang menarik pasal kasut ni ialah dia menggunakan sistem  "BOA Lacing Mechanism" bagi mengetatkan kasut tu, ini berbeza dengan kebanyakkan kasut yang menggunakan velcro dan strap, jadi kalau nak ketatkan kasut tu pusing je dial kat belakang kasut tu, kalau nak bukak tarik je dial tu.

Kalau baca reviewnya dikatakan sistem ni memudahkan kita memakai dan menanggalkan kasut ni, personaly aku minat jenis velcro dan strap tu. tak tahu la kenapa.

Kasut ni dibuat dari kulit lembu, bukan seperti kebiasaannya menggunakan kulit kangroo yang lebih ringan, tapi untuk middle class camni beruntunglah dapat kasut yang diperbuat dari kulit berbanding jenis canvas dan plastik macam Shimano yang aku minat asalnya tu.

Dan yang paling best kasut ni platformnya ialah 100 percent fibre carbon. jadi secara teorinya kejituan bila mengayuh tu lagi efficent, cuma aku jangka kalau dalam hutan dan terpaksa tolak basikal mesti sikit susah sebab tapaknya tak boleh lentur langsung,

Ada pro dan kontra, kalau nak cycling hasil dari bacaan aku menunjukkan base kasut yang statik seperti fibre carbon nei lebih best, tapi menyukarkan kita berjalan.

Selain dari base fibre carbon yang aku rasa "rare" sikit tapak kasut ni dibuat daripada getah dan paling best kalau baca manualnya ia boleh ditukar ( masalahnya mana nak beli alat ganti tu ).

Kasut ni memang sangat selesa dan ada ventilation udara yang cukup, dan dibawah tumit ada lubang yang membolehkan air keluar kalau kita terpaksa redah sungai, cuma yang tak bestnya dah tentulah stokin kita akan basah kan.. tu memang tak best.

Designnya kira ok la, aku beli yang kale hitam, cuma aku rasa yang warna putih lagi lawa, cuma aku tak dapat yang warna putih sebab takde stok.

Buat masa ni aku selesa pakai, cuma yang aku rasa kurang best pasal kasut ni adalah ianya agak berat berbanding shimano yang tak pakai pun base fibre carbon tu, selain tu aku tak tahu tahap ketahanan sistem makanisma "BOA" tu, adakah dia tahan atau tak sebab cablenya terlalu halus,

Hasil bacaan aku ada yang puas hati dengan kasut ni, tapi ada jugak yang ada isu dengan "BOA" tu, kalau putus atau rosak sistem tu macam mana nak ketatkan kasut, sebab itulah asasnya aku lebih suka cara yang konvensional sikit "velcro dan strap".

Apa pun dengan harga yang aku bayar, aku rasa sangat berbaloi dengan kasut ni,  aku harap dia tahan lama dan takde masalah yang memeningkan kepala, aku sangat berharap aku boleh pakai kasut ni dalam tempoh 2 tahun macam tu.

Ok, habis pasal kasut ni, nanti lepas test dalam 2-3 jambori aku review lagi la...


I'AM CLIPLESS

Aku sampai rumah lepas habis membeli belah terus je cari spana,

Aku bukak pedal lama dan pasang pedal SPD warna hitam yang aku beli di kedai tan tu, nak pasang tak susah, masukkan dan pusing je pakai tangan sampai ketat, kemudian ambil spana saiz 15 dan ketatkan, macam tu je.

Kemudian dalam kotak pedal tu ada klip untuk pasal di basikal, ambik tu dan pasang delat tapak kasut pulak, cara nak pasang tu boleh korang semak dan belajar dekat youtube, pasang ikut keselesaan korang je.

 Ok bila dah pasang, dah pakai kasut perkara pertama yang kita nak buat dah tentulah nak terus kayuh, tapi kita kene sabar, jangan jadi gila nak terus kayuh dulu kalau tak pernah guna. sangat bahaya.
Perkara pertama yang selalu diajar ilah biasakan dulu kaki tu, itulah yang aku buat, aku duduk atas basikal dan berulang kali masukkan klip di kasut tu pada pedal, dan kemudian keluarkan semula, buat berulang kali dekat kaki sebelah kanan kemudian kiri.

Pengalaman pertama aku, aku ambil masa lebih kurang 3 minit untuk klip kasut tu pada pedal, aku memang tak tahu langsung macam mana nak masukkan klip tu dengan cara yang betul.

Newbie macam aku diingatkan supaya laraskan tahap tensioner dekat padel tu pada tahap paling minima, ini bagi memudahkan aku nak bukak balik.

Jadi bila dah ok, aku mula lah kayuhan pertama aku, memang aku rasa seronok dan berbaloi, sekarang aku rasa bukan hanya tekan pedal tu, tapi aku tekan dan tarik sekali, maksudnya kayuhan lebih efficient.

Paling ketara sekali adalah bila kita sprint, kasut jenis ini bagi kita kelebihan sangat ketara bila sprint.

Aku buat masa ni belum jatuh lagi sebab lupa bukak klip, harap-harap aku dapat biasakan diri cepat dengan cara tunggangan baru ni.

Korang yang rasa nak cuba tu tak payah fikir panjang, ini adalah satu pelaburan yang sangat berbaloi.

APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments