Random Posts

header ads
header ads

Review Helmet MET Terra


TENGKORAK TITANIUM
Salah satu benda wajib yang perlu ada kalau nak  main basikal adalah helmet , ini penting bagi memastikan kepala kita tak pening-pening lalat  kalau terlanggar dahan pokok sebesar peha lembu.
Dan walaupun  tengkorak kepala kita diperbuat dari "titanium" iaitu sejenis logam cukup ringan dan keras, helmet masih lagi perlu kita pakai atas alasan "Gaya", main basikal gaya kene ada walaupun sebenarnya tak laju pun kayuh, itu sangat penting sebenarnya.

Jadi sebab tu la aku tulis pasal review ni, cerita ni tak lain tak bukan berkaitan dengan soal "gaya" sebab kalau korang betul-betul nak helmet yang selamat untuk main basikal, silalah beli helmet "fullface". sebab tu lebih selamat sebenarnya, cuma takut tengkuk korang je tak tahan nak tampung benda tu.

Ok la, kali ni aku nak reviewkan sikit helmet MET Terra, sebenarnya aku belum kaya lagi nak beli benda ni, jadi aku guna cara paling mudah je la, google baca faham sikit-sikit dah tu aku kelentong je korang.

Macam biasa la, aku bagi warning dulu, korang boleh baca apa aku tulis ni, nak percaya bulat-bulat ke, petak-petak ke suka ati korang la, aku tak boleh halang kalau korang nak percaya pun .

Alkisahnya haritu aku dengan "Gaban" jalan-jalan kedai basikal cuci mata ternampak helmet, kebetulan helmet "Gaban" pun dah tak berapa nak ok kata dia, helmet aku lagi la tak ok, aku rasa macam ambik tenggiling je letak atas kepala.

Jadi seminggu 2-3 minggu ni memang otak aku asyik fikir pasal helmet je la nampak gayanya.

Ok, aku masih berusaha untuk pendek kan mukadimah aku yang selalunya aku tak tau kenapa jadi panjang-panjang macam kat atas tu, aku memang suka bagi korang pening sebenarnya. tapi takpe, aku dah ngantuk so aku tulis pendek-pendek je la kan kali ni.


BENTUK KEJADIAN

MET Terra ni bentuk dia pelik dan aneh sikit, ada yang komen bentuk macam alien la, sakit mata tengok la, tapi mata aku tengok ok je sebab bagi aku bentuk kejadian dia macam ok je.
Aku rasa yang kata helmet ni tak cun la, pelik sangat la, diorang tu semua dengki dengan helmet ni kot, sebabnya banyak blog basikal gunung terkemuka luar negara bagi tak kurang 4 bintang untuk helmet ni, kira berbaloi-baloi la kalau beli helmet ni.

Kata blog -blog negara luar tu, helmet ni tergolong dalam kategori helmet sesuai untuk semua jenis gunung  (All-Mountain),  jadi aku sebenarnya mula-mula keliru kejap, ni helmet main basikal ke helmet naik gunung sebelum aku kembali sedar takde salah pun pakai helmet ni kalau naik gunung.

Lagipun helmet ni memang sesuai untuk lindungi tengkorak kepala dari batu-batu kecil yang jatuh atas kepala korang masa naik gunung tu, tambah lagi helmet ni tak berat, diorang kata cuma 250 gram je beratnya.

Macam mana helmet ni boleh dihasilkan dengan "keberatan" camtu?

Ini zaman moden, diorang kata diorang hasilkan helmet ni  dengan teknologi yang dapat menggabungkan shell luaran dan polistirena dalamannya ketika proses molding lagi, selain nak ringankan helmet, kononnya teknologi tersebut digunakan bagi memastikan helmet ni tahan menerima impak yang kuat. ( biasalah ayat marketing kan, memang macam tu)
Sebenarnya aku tak percaya pun dengan proses tu helmet ni jadi ringan,  yang aku percaya helmet ni jadi ringan sebab meterial yang digunakan selain susun letak lubang angin sebesar alam yang menampakkan ke"pelikkan" bentuk helmet ni.

Aku suka lubang besar-besar yang pelik tu, nampak "cool" sebab dengan lubang angin besar camtu, kepala kita pun mesti "cool" jugak tambahan lagi helmet ni tersedia dalam warna-warna yang "cool" jugak.


VISOR ANTI SILAU KONONNYA.

Masalah silau bukan lagi isu dengan helmet ni sebab ada visor yang boleh ditanggal-tanggal. jadi dengan adanya visor ni, korang tak perlu lagi menunggang di waktu pagi sambil sepetkan mata sebab silau kene cahaya matahari, syaratnya korang pakai je cermin mata anti silau, mudah kan untuk selesaikan masalah?

Lagi ciri menarik tentang helmet ni ialah pad dalamnya boleh ditanggal-tanggal untuk dicuci, lagi best pad tu kononnya anti bakteria.

Selain tu helmet ini juga menggunakan teknologi  "Safe-T Twist 2 fitting system" dimana korang boleh ketatkan atau longgarkan tali pengikat helmet ni dengan hanya satu tangan, senang nak laras kesesuian walaupun korang pakai sarung tangan katanya.

Aku tak berapa tahu berapa harga market helmet ni, sebab tak berani pun nak tanya harga, tapi aku rasa dalam lingkungan hampir-hampir RM300 jugak kot untuk helmet yang disahkan lulus pentarafan CE EN1078 standard Eropah ni.

Jadi kalu korang rasa helmet yang korang pakai sekarang dah rasa macam tenggiling duduk atas kepala korang dan korang nak sebijik helmet yang nampak pelik sikit, ni ok kot untuk korang.

Dah beli jangan lupa bagi aku test ...

APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPushe

Post a comment

0 Comments