Random Posts

header ads
header ads

Tanya Pomen - Nak Laju Tapi Duit Tak Cukup (SRAM)


Aku cuba selitkan artikel baru untuk korang semua supaya kita boleh sama-sama kongsi ilmu dari pakar sebab kita bukan pakar pun, artikel dalam ruangan ni sebenarnya aku rompak dari blog basikal antarabangsa.

Asalnya artikel-artikel ni aku curi dari blog artscyclery yang kebanyakan soalan-soalan orang yang tak berapa paham pasal basikal macam aku ni dijawab Daniel Slusser iaitu seorang  pomen yang ada pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ni, jadi kalau basikal korang tiba-tiba jadi terlampau laju, korang salahkan dia je la.

Macam biasa aku tambah sikit fatamorgana biar korang muntah-muntah dan pening-pening bila baca, selain tu aku adjust-adjust sikit ikut pandai aku.

SOALAN  - DUIT SAYA TAK CUKUP, TAPI SAYA NAK LAJU.

"Jubei" mamat ni mungkin dari Nepal agaknya, dia tanya pada pomen tu macam mana dia boleh dapat sistem gear yang cukup best memandangkan dia tak berapa ada cukup duit nak beli full "groupset" yanggila gempak.

Soalan dia lebih kurang camni la.

"Jika saya nak beli SRAM  tapi duit tabung ayam saya tak berapa cukup? apakah gabungan rojak buah yang akan memberikan saya prestasi yang terbaik dan sedap dengan harga murah?" (aku adjust sikit bagi senang paham).


JAWAPAN - NAK LAJU KAYUH LAJU-LAJU
Pomen tu memulakan jawapan dengan membodek "jubei" dulu, mesti dia kata kalau nak laju beli la groupset paling mahal, atau nak senang kayuh je laju-laju , tapi sebab dia nak jaga hati si "jubei" tu dia kene la jawab jugak.

Kata pomen tu, sebenarnya jika kita campur adukan komponen, memang lah kita takkan dapat prestasi yang sama kalau dibandingkan dengan satu set lengkap, tapi kata pomen tu lagi tindakkan "merojakkan" komponen benar-benar dapat menjimatkan wang dan dapat menghasilkan prestasi mirip sistem kompenen lengkap (full groupset).

Dalam jawapan pomen tu sebenarnya aku temukan sesuatu yang mengejutkan, dia bagitau sebenarnya  shifters belakang yang baik adalah lebih penting daripada derailleurs belakang yang baik dan berkualiti.

Dekat sini selalu kita tersilap , kita selalu pakai derilleurs belakang paling mahal kita mampu beli, tapi shifter pulak kita pakai yang janji boleh tekan je, (termasuklah aku agaknya).

Dalam kes ni, si pomen tu sarankan dekat "jubei" tu untuk guna shifter belakang XO (memandangkan mamat mongolia tu minat nak pakai set seram) alasannya shifter tu mempunyai kualiti yang lebih tinggi, makanisma tukaran dalaman lebih tepat, dan laras shifter aluminium yang boleh diubah ubah untuk disesuaikan dengan kedudukan tangan.

Malah, shifter ini katanya memberi tindak balas hebat, responsif, dan memberikan tukaran gear lebih tepat disamping memberikan  maklum balas yang lebih baik yang membuatkan kita tahu penukaran gear sudah dilaksanakan dengan betul.

Korang paham tak apa dia cakap, pemahaman aku camni, kalau kita pakai derilleur belakang SRAM XX pun tak guna kalau kita guna shifter X5 sebab shifter tu tak dapat kendalikan derilleur tu sebaik mungkin, malah respon yang kita terima dari shifter tu pun tak berapa tepat berbanding shifter mahal macam XO.

Ini berlawanan dengan apa yang kita selalu buat, pakai shifter murah tapi derilleur belakang paling mahal, rupanya sebab tu la kadang-kadang tukar gear lambat naik dan tersekat-sekat, sebab shifter kita tak bagus.


SHIFTER DEPAN NAK MAHAL JUGAK KE?

Tak Perlu, pomen tu kata tak perlu, dalam kes mamat mongolia tu, pomen ni kata tak payah membazir beli shifter depan yang mahal.

Kerana semua shifters depanberfungsi "seolah-olah" sama je macam shifter yang lain, untuk kes set rojak ni shifter X7 adalah pilihan yang menjimatkan katanya.

Walaupun rasanya tak berapa sedap macam pakai shifter XO, tapi shifter bajet ni akan menukar gear dengan tepat dan tidak akan "miss gear".


JADI KALAU DAH PILIH SHIFTER NAK PAKAI FD DAN RD APA?


Untuk derailleur belakang pomen tu kata kita akan mendapati bahawa prestasi derilleur X9 menawarkan 9/10  dari prestasi yang kita dapat kalau pakai derailleur belakang XO. ( ohh tu terlalu sikit perbezaannya).

Perbezaan utama adalah bahawa derailleur belakang XO mempunyai kapi bearing kartrij, lebih banyak menggunakan aluminium ringan dan titanium (termasuk spring titanium)  serta cage dari  carbon bagi meringgankan derailleur tu.

Jadi menghabiskan duit yang banyak pada derailleur belakang  XO semata-mata sikit perbezaan berat tu memang tidak masuk akal bagi ramai orang,ini jadi sebab kenapa derailluer X9 jadi pilihan yang berbaloi-baloi.

Untuk derailluer depan pulak, pomen ni cakap apa jenis pun sama je funtion dia sebab terdapat hanya sedikit perbezaan diantara derailluer paling mahal dengan yang kira ngam dengan bajet kita, dia memilih X7 sebagai pilihan berbaloi-baloi, tapi sebab harga antara X7 dan X9 takla banyak sangat, jadi dia kata pakai X9 pun ok jugak.

Kesimpulannya dalam kes rojakkan "FD" dan "RD" ni pomen ni berpandangan tak perlu la "RD" paling top sebab selalunya RD ni kalau jenis high end tu dah tak banyak beza dari segi prestasi melainkan selalunya harga jadi mahal sebab bahan yang digunakan dalam pembuatan tu dan kadar beratnya je, bagi "FD" pulak jelas tak banyak beza.

Dengan pilihan pertama pomen tu ialah X7, aku berpendapat "FD" ini taklah terlalu beri banyak perbezaan prestasi, sebab kita tak guna lasak sangat macam "RD" selain dia hanya bekerja untuk 2 atau 3 chainring depan je.


SAYA NAK PAKAI CRANKSET XO OK TAK?


Tak abis-abis lagi penerangan panjang lebar pomen tu, aku dah tersenguk-senguk dah menaip nei sebenarnya.

Ni cerita pasal "Crankset" pulak, pomen tu kata "engkol" karbon pada crankset XO memang best gila, tetapi kos untuk crank tu hampir dua kali ganda daripada engkol jenis aluminium X9 hanya orang yang betul-betul gila je sanggup beli.

Perbezaan berat antara crankset XO dan X9 pun sebenarnya taklah banyak pun, hanyalah sekitar 60-70 gram je dan itu bergantung kepada konfigurasi chainring (gegancu yang selalu koyakkan seluar korang tu) sebenarnya.

Jadi untuk membeli crankset XO kalau duit tabung tak berapa cukup adalah tindakkan yang sangat tak bijak sebab dengan lebihan duit tu sebenarnya korang boleh guna untuk beli ayam goreng KFC atau burger McD.

Jadi pomen tu kata dalam kes ni crankset X9 adalah pilihan paling bijak (kecuali korang gila dan selalu mimpi crank XO setiap malam) sebab crank ni pun macam crank XO jugak dimana chainring (gegancu tu la) pun boleh ditukar ganti macam crank XO jugak ( aku pernah jumpa crank X9 pakai chainring XO, cun oooo).

Ini katanya membolehkan kita hanya tukar chainring tanpa tukar keseluruhan crankset bila chainring tu haus, selain tu engkol X9 ni pulak jenis "hollow" yang sudah pasti ringan lebih kurang macam XO jugak kata pomen tu .

Jadi secara mudahnya dia berpendapat kenapa sibuk nak pakai crank XO kalau duit tak cukup sebab crank X9 tu sebenarnya dah cukup dan murah sekali ganda dari crank XO. (lebih tu buat beli pizza, perut pun kenyang, hati pun hepi).


RANTAI NAK PAKAI YANG EMAS KE YANG PERAK.

Pomen tu kata kalau kita ni anak menteri tak kisah la kalau nak pakai rantai emas, sebab bapak kita kaya, tapi kalau dah bapak kita kaya takkan kita nak pakai groupset rojak pulak kan.

Jadi dia kata pakai je rantai biasa yang baik punya, sebab dari pengalaman dia hampir semua rantai SRAM adalah  bagus dan hebat, malah rantai keluaran SRAM yang paling murah untuk10 kelajuan iaitu PC-1031 berfungsi dengan baik sekali.

Manakala rantai PC-1051 keluaran SRAM pulak adalah rantai paling berbaloi-baloi untuk kita jika diukur dari segi prestasi dan ketahanan serta jangka hayatnya.

Namun pomen tu berpendapat jika kita boleh dapatkan rantai yang lebih baik dan ringan kalau kita mampu, itu sesuatu yang lebih baik, berbaloi untuk kita mendapatkan satu set rantai yang berprestasi tinggi katanya.


SPOKET BELAKANG NAK YANG MACAM MANA?


Basikal tak pakai spoket macam motor, tapi sistem gegancu belakang tu dipanggil "kaset", aku tak paham kenapa dipanggil keset, sebab setahu aku keset tu yang dulu tali dia selalu berpintal-pintal dalam radio tu.

Keset ni selalunya akan memukau mata kita, dah pasti kita nak kaset yang paling best dan paling ringan, tapi selalunya keset ni bukan murah, melayan nafsu nak beli kaset paling best akan sering kali buat kita makan meggie di tengah hari.

Kelemahan keset selalunya adalah disebabkan penggunakan gegancu aloi bagi tujuan meringankan berat keseluruhan kaset tu seperti yang terdapat pada keset PC-1070, jadi pemilihan kaset ni perlu diambil kira berdasarkan banyak perkara, antaranya corak tunggangan kita, sejauh mana kita nak menunggang dan berat badan kita sendiri.

Antara keset yang perlu dipertimbangkan menurut pomen tu ialah PG- 1080 yang mana 120 gram lebih ringan dan mempunyai susunan gegancu yang lebih baik yang memberikan ras tukaran gear yang lebih lembut dengan susunan jumlah gigi lebih rapat.

Walau bagaimanapun , jika korang gatal untuk membelanjakan lebih wang dari tabung ayam  korang tu beli je terus XG 1080 yang ternyata lebih ringan dan lebih hebat.


JADI ROJAK APA GEAR NI.

Jadi kalau korang nakkan rojak yang boleh tahan sedap dengan kos yang murah korang sebenarnya hanya perlu dapatkan komponen yang diceritakkan dekat atas tadi je yang mana aku sendiri rasa shifter sebenarnya memainkan peranan paling besar bagi memastikan prestasi gear dalam keadaan paling best, selain tu beberapa barangan yang tergolong dalam kumpulan "bebanan tak berspring" seperti rantai dan keset sebaiknya cari yang ringan dan sesuai dengan corak tunggangan korang.

Pendapat peribadi aku, kalau nak nampak korang pakai groupset mahal perkara paling penting korang kene buat adalah pakai crankset mahal, sebab dari jauh org dah nampak crankset korang, dan kalau korang nak nampak basikal bersih pastikan korang beli rantai yang kilat kalis karat punya, tetiap ari korang kilatkan, dah tentu basikal korang nampak bersih dan macam best je.

Ikut suka korang la nak buat macam mana pun, kalau shimano pun aku rasa sama je kot, suma komponen tu lain sikit, sebab mamat mongolia tu tadi tanya pasal komponen rojak untuk SRAM.

Jadi kalau korang nak buat rojak gear SRAM, ni bawah ni resepinya.

"To sum it all up my budget SRAM mountain group build consists of an XO rear shifter, X7 front shifter, an X9 front and an X9 rear derailleur, X9 crankset, a PC-1091R chain, and depending on your riding style, a PG-1080 cassette."  (Korang translate sendiri la ok)

Oh lupa, kalau dah ada pasang groupset ni nak pakai brek apa pulak kan, senang je, korang kalau nak laju tak payah brek, try turun bukit tengok laju tak laju basikal korang.






APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments