Random Posts

header ads
header ads

Review Pelana Tioga Spyder Twintail



Aku pengguna tegar saddle Tioga Spyder TwinTail ni, sejak hari pertama lagi aku dah jatuh cinta pada design pelik pelana ni.

Dan soalan yang sering aku dapat ialah, "Eh tak sakit ke buntut pakai seat tu?"

Aku tak tau kenapa dah sekian lama aku baru terfikir nak share pengalaman aku guna saddle nei, mungkin agaknya sebab aku dah takde idea, jadi paling senang aku share pengalaman aku je.

Ok ringkasnya Saddle ni kalau ikut beberapa review diletakkan pada tahap 4 dari 5 bintang, kira antara part terbaik yang mampu dibeli dengan harga munasabah.

Datang dengan ukuran 28x130x45mm saddel ni hanya seberat 140gram, kira saddle ni sangat ringan dan jadi buruan golongan weight weenies la kan.

Selain tu  saddle ni guna teknologi Archflex, Carbonite composite carbon shell dan Hollow composite alloy rail yang jadi faktor utama saddle ni dapat dihasilkan dengan berat paling minima.

Selesa ke?

Jawapan aku, memang selesa ,  reka bentuk yang di patenkan tu membuktikan pelana boleh selesa tanpa padding.

Teknologi shell Web yang dipotong secara strategik membolehkan saddle ni melentur bagi memberikan keselesaan maksimum, rail ArcFlex pun berfungsi untuk menyerap setiap hentakkan, jadi sebenarnya saddle ni direka supaya dapat melentur bagi meminimakan hentakkan.

Aku kongsi sikit review oleh pengguna lain yang pun pengguna tegar saddle nei

"I bought this saddle because of it's cool looks, but I am very surprised how comfortable this saddle is. Longest ride sofar 3 hours and no numbness or other discomfort.

 "After standing interval when I sit down, I drop right into the right position in the saddle. The 'soft' gel saddle I also bought for my longer races later this season, I may not need after all," katanya.


Berapa harga?

Berbeza dengan seat carbon yang dah tentu tak selesa semata-mata nak ringan, seddle ni datang dalam kos yang takla membebankan sangat,.

Harga saddle ni kalau baru lebih kurang dalam RM180, tapi pelaburan tu pasti mendatangkan kepuasan dan senyuman.

Sampai sekarang aku masih lagi anggap ni satu saddle yang cukup ringan dan paling penting, selalu seksi.

So kalau korang tertanya-tanya berbaloi ke tak... jawapan aku ialah "berbaloi-baloi"

Sekian untuk kali ni, nanti aku review benda lain pulak.... korang layan video bawah ni kalau nak tau lebih lagi.







APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments