Random Posts

header ads
header ads

Review JAVA Ultra Light Carbon Fork



Semua orang kalau boleh nak suspensi yang bagus untuk montainbike diorang.. untuk dapatkan  fork terhebat dengan berteknologi termaju, diorang sanggup ikat perut, nak beli 'pop-corn' berharga  2 ringgit 50 sen pun kena fikir 14 kali dulu.

Memanglah tak dapat dinafikan, kesemua kecanggihan teknologi yang diadaptasikan kepada 'sepit udang' moden ni sangat-sangat menakjubkan,  bukan salah kita kalau nak fork yang 'best sangat' kan... itu salah pengeluar sebenarnya.

Semua teknologi terhebat itu sebenarnya adalah untuk membantu kita menunggang dengan selesa disamping mempermudahkan kita  merentas setiap bentuk bumi dengan lebih kawalan dan keyakinan, itu hebat..... tapi tanpa kita sedar akhirnya teknologi tu buat kita semakin malas dan menghilangkan sedikit-sebanyak keseronokan sebenar menunggang dalam trail offroad.



Kembali ke asas

Sebab itu kadang-kadang kita kena kembali kepada asas kalau nak hepi-hepi lebih sikit...sebelum ada basikal jenis fullsas atau hardtail macam kita pakai sekarang, diorang pakai montainbike jenis rigid,  masa tu diorang sangat 'enjoy' terutama bila tergolek.


Ringkasnya rigid ni adalah basikal yang tak langsung guna sistem gantungan, sama macam yang dipakai oleh pelopor-pelopor sukan mountain bike ni pada sekitar hujung tahun 1970-an.

Berbeza dengan menunggang sebuah basikal yang guna fork depan termaju atau fullsas terhebat, menunggang sebuah basikal rigid sebenarnya memerlukan lebih kosentrasi.

Kita kena peka dan berada dalam keadaan sedia, malah sebenarnya lebih seronok dan mencabar layan rigid berbanding basikal yang guna sistem gantungan.


Apasal nak pakai rigid pulak?

Sebelum aku terlupa nak review fork java tu, aku bagitau sikit kelebihan pakai rigid nei... hasil 'googleing' yang aku buat diorang kata pakai rigid ni buat basikal kita nampak lebih 'simple' dan lebih ringan berbanding pakai fork termaju....selain tak perlu diselenggarkan, beberapa blog antarabangsa kata kawalan steering fork jenis ni lebih tepat dan takde 'dive' bila kita brek atau langgar bonggol

Malah katanya lagi, kalau kita nak perbaiki lagi skill tungganglangang kita, eloklah sekali sekala kita pakai fork rigid untuk layan trail offroad belakang rumah kita... malah rigid ni katanya bawak keseronokan luar batasan (terutama kalau tergolek).

Penulis blog antarabangsa yang aku 'googling' tu kata, dia percaya dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran dan mencabar diri sendiri untuk menjadi penunggang yang baik, rigid fork ni banyak membantu, sebab rigid fork ni beri maklum balas segera terhadap corak tunganglanggang kita, kita akan cepat sedar dan perbetulkan kesilapan yang kita buat.. baik untuk traning... corak tunggangan kita akan semakin hebat bila kembali guna fork termaju.

Dengan menggunakan fork rigid, kita akan belajar menggunakan sistem gantungan paling penting dengan betul iaitu kaki dan tangan kita sendiri, kita akan belajar semula bagaimana nak kawal basikal  dan menggunakan agihan berat badan yang betul, dengan itu kebolehan teknikal kita  pasti akan meningkat secara mendadak. 

Yang paling best guna fork rigid ni adalah tiba-tiba kita sedar, laluan yang kerap kita lalui akan rasa lain dan jadi semakin mencabar, basikal yang selalu kita guna pun rasa macam basikal lain dimana kita terpaksa bekerja lebih untuk memastikan kita tak masuk ke dalam semak. 

Blog tu ade tulis, apabila anda menanggalkan gear dan suspensi bermaksud kita jadikan tunggangan kita semakin sukar, yang akhirnya meningkatkan skill tunganggan dan tahap kecerdasan kita. 


JAVA Ultra Light Carbon Fork 


OK, sebelum aku lost dan mengarut-ngarut, kita terus cerita pasal fork ni... sebenarnya hampir seminggu aku terigau-igau untuk cari fork rigid.

Hasil carian tak jumpa pasal review fork rigid, kawan-kawan pun tak banyak informasi tentang fork jenis 'kaku' ni.. camne performance, best ke tak.... semua tu buat aku makin nak tahu.

Aku ape lagi, sebab dah termimpi-mimpi kan sampai air liur basi semua keluar, aku pun cari la sape ade jual,... ada dua pilihan sama ada aku beli jenis aluminium atau terus angkat jenis carbon... dari segi ketahanan dah pasti semua tahu aluminium lebih tahan berbanding carbon.

Akhirnya aku pilih carbon ni sebab aku minat bentuk dia, dari segi harga kalau nak bandingkan dengan fork "mosso" jenis aluminium 7000 series tu.... fork jenis JAVA ni mahal sikit, tambah sikit kita akan dapat 2 fork aluminum , aku beli fork ni dengan harga RM350.

Semakkan yang aku buat fork JAVA yang dispesifikasikan seberat 745 gram ini dijual dalam lingkungan RM320-RM420... sebab nak review dan nak test aku beli jugak la... nak tunggu ade kedai bagi test untuk aku review takyah harap la.

Fork ni dihasilkan dari carbon jenis 3K, tapi bagi memastikan fork ni tahan, bahagian 'steerer tube' bersaiz 1/18 (28.6mm) menggunakan aluminium 7000 series yang lebih tahan dan ringan dari aluminium 6000 series.

Di datangkan  dengan 5 warna pilihan iaitu putih, merah , kuning, biru dan hitam,  fork ni boleh memuatkan disk bersaiz 7-inci (183mm), selain tu mengikut spec yang disertakan fork ni boleh memuatkan rim bersaiz 29 inci dengan tayar zaiz 2.1 tanpa masalah.

Test Ride

Sebenarnya aku dah lapa ni, selain berbasikal, makan juga bagi aku sesuatu yang penting... kalau tak makan takde tenaga kan, kalau takde tenaga camne nak kayuh basikal kan... betul tak?

Fork ni aku pasang sendiri, kurang dari sejam kalau korang pasang santai-santai, macam biasa korang kene potong bahagian steerer tube sepanjang 29cm tu (aku tak paham kenapa diorang tak potong dalam ukuran munasabah) mengikut keselesaan korang.. pastikan dah pasang korang check semua bolt, pastikan betul-betul ngam dan diikat betul.

Secara ringkasnya aku boleh katakan banyak perbezaan berat bila pakai fork ni, dan pastinya 'feel' tunggangan tu betul-betul lain, takde dive masa brek, respon steering lebih tepat dan  bergegar... korang akan rasa feel macam pakai montainbike jenama lerun zaman dulu-dulu.

Perbezaan terasa bila climbing, kayuh rigid ni rasa lebih efficien dan laju.. selain fork ni sendiri kurangkan berat basikal ketinggian bahagian depan basikal pun jatuh lebih kurang 3-4 cm macam tu, kalau climbing memang agak membantu.

Cuma kelemahan yang aku rasa ialah apabila bahagian depan tu sedikit rendah maka BB height pun sedikit turun... yang ni masalah.

Paling terasa bila kita kayuh dekat trail yang banyak batu atau akar, pedal aku beberapa kali tersangkut pada batu dan tercalar dan itu buat sikit rasa tak tenang dihati.

Vibration takla teruk sangat macam yang kita gambarkan, walaupun redah kawasan tak rata dan berbatu dalam speed munasabah (aku tak berani laju sangat sbb takut patah) gegeran tu masih terkawal, cuma grip sikit jangan sampai terlepas je.

Yang paling aku suka sebenarnya dengan rigid ni ialah cara steering tu respon, memang lain dan lebih sedap, corak tunggangan pun best, kita rasa sikit aktif atas basikal.. kena banyak balancekan badan untuk ubah arah sebab nak elak lubang tengah jalan.

Lebih sesuai untuk guna atas jalan, bagi aku takde masalah untuk guna di trail offroad yang 'light'. cuma kita kena beringat sikit perbezaan antara carbon dan aluminium dari segi ketahanan.. aluminium akan bengkok, carbon pulak selalunya akan patah.. jadi jangan la lompat tinggi-tinggi kalau taknak tergolek kan.

Tapi berapa banyak MTB sekarang guna carbon untuk casis, jarang kita jumpa kes 'frame' patah, sebab yang aku tau carbon ni ada flex sikit.... cuma sebagai langjah berjaga-jaga jangan terlalu ganas, kecuali korang bebetul konfiden.

Ok la, aku nak makan nasik sudah, sekian buat masa ni.. korang boleh tengok video review ringkas kat bawah ni untuk lebih faham apa yang aku tulis atas ni...Baiiiiiiii







APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments