Random Posts

header ads
header ads

Review Raleigh Ugo Folding Bike



Kebelakangan ni, kalaulah kita perasan, memang dah semakin ramai orang mula berbasikal, aku rasa alasan paling munasabah kenapa hobi ni makin dapat tempat ialah sebabnya menunggang basikal ni sebenarnya mengimbau balik hobi kita zaman kecik dulu.

Korang ingat lagi tak zaman korang kecik-kecik, kenderaan yang korang ada ialah basikal, Zaman aku BMX lah paling popular, zaman nakal kata orang dulu-dulu.

Mungkin kenakalan zaman tu buat basikal sangat rapat dengan kita, dah besar tua bangka tak berapa nak muda ni, dengan basikal kita dapat balik "feel" tu.. agaknya la.

Tapi ada jugak yang mula berbasikal balik sebab nak riadah dengan kawan-kawan dan family, kayuh-kayuh tengok pemandangan sambil keluarkan peluh nak jaga kesihatan, zaman sekarang makanan dah macam racun, macam-macam bahan kimia ada.


Berbagai jenis basikal.

Tapi tak semua orang suka masuk hutan redah belukar atau berkayuh tengah panas matahari sampai kulit dah jadi "two tone", generasi yang ini takkan pilih basikal lasak jenis mountainbike yang paling canggih atau selalu terliur dan teridamkan road bike jenis " Superleggera" , diorang lebih memilih sesuatu yang mudah dan praktikal untuk teruskan hobi diorang ni.

Walaupun ada banyak jenis basikal selain Montainbike atau Superbike (maksud aku roadbike), sudah tentu bagi golongan ini basikal lipat sememangnya pilihan paling praktikal.

Harus diingatkan dahulu, basikal lipat ada banyak jenis, dari yang murah sampai la yang harganya sama macam sebuah kereta, itu ikut poket dan selera,


Basikal mampu milik

Malas nak cerita panjang-panjang, Almaklumlah internet kat Malaysia nei ratenya mahal tapi  lebih perlahan dari siput cadbury, nak menaip dan upload gambar dalam keadaan internet putus-putus memang sudah, syarikat telko milik penghisap darah ni kata dah abis hebat dah tahap internet kat negara ni.

Jadi dari bayar kat syarikat telko milik kroni yang dah tentu kaya tu, baik korang beli basikal lipat, kayuh pegi kedai mamak, beli air segelas dan guna wi-fi kat sana. "U untung, Mamak pun untung".

Ada banyak jenis basikal lipat,bermacam jenama hebat macam seperti Tern dan Dahon yang diketegorikan sebagai basikal premium dah mula menjalar-jalar masuk dekat Malaysia, tapi kita cerita basikal lipat jenis mampu milik je la, belum ada yang baik hati nak bagi aku test basikal puloh-puloh ribu untuk aku share dengan korang perasaan menunggang langgangnya tu.

Raleigh, sebenarnya jenama yang dah lama hidup, dari zaman datuk kita jenama ni dah ada, aku berkesempatan test Raleigh UGO, sebuah basikal lipat yang aku sifatkan sebagai "owsem".


Mudah dan Seronok

Yang paling seronok pasal sebuah basikal lipat ni ialah ianya mudah disumbat ke dalam bonet kereta, malah ianya dibenarkan untuk dibawa ke dalam pengangkutan awam, tapi masalahnya ialah komuter, LRT dan sebagainya kat malaysia ni tak perihatin kepada kita rakyat marhaen yang dicukai macam-macam ni.

Memang mustahil la kalau korang nak bawak naik komuter time waktu puncak, yang tak tau dan tak kenal komuter tu aku terangkan sikit, komuter adalah gerabak keretapi yang padat dan sesak macam sardin, penuh dengan majoritinya warga asing seperti Bangla, Nepal dan Vietnam yang bebas berkeliaran dalam  negara kita.

Jadi nak bawak basikal lipat dalam pengangkutan awam kat negara ni kene pilih time, walaupun folding sangat sesuai digunakan untuk transportation, pengangkutan awam dekat Malaysia menjadikan fungsinya terbatas.

Jadi, paling releven la aku rasa basikal lipat ni ialah untuk korang simpan je kat rumah atau bonet kereta dan bawa sebagai kenderaan riadah, pusing taman perumahan, pegi kedai, pusing taman petang-petang atau pusing-pusing kampung time raya.



Raleigh UGO

Abaikan yang dekat atas tadi tu, kita ni bersunggut lebih pun, bukan pak menteri nak dengar masalah rakyat, teruskan kehidupan sihat korang dan biarkan menteri terus kembungkan perot diorang, pasal korang diorang tak peduli pun.

Ugo ni aku pinjam dari adik aku yang merupakan "basikal adik ipar aku", (nampak tak disana kenapa adik ipar aku ade basikal, tak lebih adalah rasuah supaya adik aku dapat lesen untuk redah hutan bersama kami).


Jadi dengan senang hati seharian aku bawak basikal ni jalan-jalan, pegi sarapan, pegi kedai, pegi sungai, pusing kampung, ambik gambar selfie dan memacam la, pendek kata seharian basikal ni aku  test,  longkang, lalang bonggol sume aku belasah.


Kesimpulannya mudah je, Ugo ni selesa, takde DNA race yang memerlukan kita beria-ia nak kayuh dan sudah tentulah 'feel' tungganganya sangat lain berbanding 'montainbike' atau roadbike, ugo ni dibina untuk kayuhan santai dan bersahaja.

Berbeza dari yang kita beli dekat kedai, basikal adik ipar aku ni dah dilengkapi 'endbar kale merah' dekat handle nya, jadi posisi tangan boleh diubah-ubah, itu menambahkan lagi keselesaan semasa menunggang, ada juga yang aku jumpa dah siap tukar touring bar, lagi banyak posisi tangan boleh digunakan.

Malah adik aku pun telah meletakkan carrier belakang pada basikal ugo tu, dengan adanya carrier tu, maka dah pasti perjalanan balik dari kedai lebih mudah sebab ikan dan sayur boleh kita kepit je belakang tu, dah tentu ikan tu takkan dapat lepas kalau dah kepit kat carrier tu kan, so balik rumah ikan tu masih ade lagi.

Tu sikit aku nak cerita, korang nak buat apa dekat basikal tu kalau korang beli, lantak korang la, ada kawan aku yang pun belikan ugo untuk isterinya sebagai tanda rasuah ( rasuah tu dah jadi biase kat negara ni kan) telah mengupgare Ugo ni kepada 9 speed dan guna crank roadbike supaya basikal tu laju sikit, tapi proses nak upgrade tu bukan mudah dan kosnya tinggi.

Secara ringkasnya selain selesa dan feel kayuh ugo ni sangat santai, aku nak cakap dengan kretiviti dan ketebalan poket korang, apa sahaja yang korang terfikir boleh je dibuat ke atas basikal 'low profile' ni.


Pro dan Kontra

Datang dengan sistem 7 kelajuan dan tempat duduk 'superselesa' , aku cuma rasa sikit kekurangan pada Ugo ni yang mana lock pada joining basikal ni rasa sikit longgar, itu menjadikan basikal ada sikit rasa kurang kukuh bila kita kayuh, tapi itu bukan masalah besar, mungkin ada cara penyelesaiaan untuk itu, atau jugak itu memang normal bagi basikal lipat.

Senang nak lipat, tak sampai 5 minit pun basikal ni dah boleh lipas dan secara pantas kita dapat pasang balik untuk kita kayuh.

Ada tongkat dan tak perlu sandar pada pokok, aku rasa ugo sangat sesuai untuk wanita dan orang tua... untuk lelaki muda pun takde masalah sebab basikal ni memang sempoi.

Datang dalam beberapa warna contohnya Silver, Putih-Merah, Hitam-Kuning dan Hitam - Hijau, Ugo menggunakan rim bersaiz 20 inci yang dirasakan cukup selesa untuk kayuhan atas jalan berturap atau rumput.

Menggunakan sistem brek jenis V, ia sudah cukup untuk menghentikan basikal ni yang memang bukan direka untuk dibawa laju, berbanding basikal lain yang menggunakan sistem brek jenis disk yang lebih canggih dan mahal, brek jenis ini sudah cukup selamat dan mudah digunakan.

Dengan harga sekitar RM700- RM900 Raligh ugo adalah sebuah basikal yang boleh dipertimbangkan oleh anda yang berminat untuk berkayuh dalam keadaan santai dan menggembirakan.






 









APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

3 Comments