Random Posts

header ads
header ads

Ratu Rapidino & Ely Bey



Lepas 14 perenggan korang baca story yang aku nak tulis ni, mungkin korang akan rasa ada sedikit 'kepelikan' pada story ni.

Memang la aku mengaku, selama ni aku selalu kelentong korang pasal basikal, aku cerita pasal rantai basikal la, pasal tayar basikal  la , pasal pedal la pasal la..la..la.. laaaaaaaaaaa.. memacam aku kelentong sampai korang mati-mati percaya apa yang aku tulis tu betul.

Teknik penyamaran tangkas aku tu berjaya menyembunyikan tahap nubis aku sebenarnya, sampai korang terpedaya dan tak tau aku ni sebenarnya pun kekadang konfius mana satu pedal belah kiri mana satu belah kanan.

Tapi tak ape lah kan, asalkan kita hepi.. aku mohon maaf selamat hari raya.

Ok la, kali ni aku janji aku tak kelentong korang,  korang tengok gamba atas tu, korang nak kenal tak siapakah dia?..

Tapi , korang  kene janji jangan tanya aku camne aku leh dapat story ni,.. hah... tu susah sikit, cukup la kalau aku cakap aku kene asap kemiyan (<< betul ke eja) 7 hari 14 malam selain baca mentera semerah padi untuk pujuk dia kongsi cerita dan bagi kita sikit tips camne nak laju.


Ratu Rapidino


Jenama Rapidino kini mula dikenali penggemar aktiviti basikal lasak, boleh dikatakan hampir kesemua jambori  kebelakangan ini turut disertai 2 pelumba  hebat yang menjadi dijadikan taruhan pasukan itu.

Cerita panjang pun tak guna, aku tau korang bukan nak dengar aku merepek, korang dah tak sabar kan nak kenal siapa si cantik manis bertuah yang telah 'disunting' oleh pasukan Rapidino untuk meninggalkan korang semua jauh di belakang.

Berumur 21 tahun, gadis manis tu ialah Siti Farah Eliza bt Zainuddin merupakan pemegang Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Woi, tak sedap pulak kalau aku tak tambah bunga-bunga dalam penceritaan aku kan, cam pelik la pulak, .. camni la.. aku nak tambah suasana sikit la kan, tapi korang takyah la percaya.. cam biasa la aku tambah gula dan garam secukup rasa je bagi sedap.

Kiranya camni la, sedang kami duduk kat bangku kat tepi tasik Putrajaya tu kami pun sembang-sembang la, basikal kat tepi pokok kelapa sandar kat sana.

Eliza ni kalau korang nak tau memang atlit la gamaknya, masa sekolah dia ni sprinter (kaki kuat ni), dia kata kalau setakat anjing kejar tu dia boleh lari lagi . kira no hal la.

Masa study katanya dia terjebak masuk "eco challange" sebab kawan-kawan dia dok sibuk racun.. alih-alih team dia menang terus dapat no 1, dari situ dia kata dia mula minat gila-gila dan terjebat teruk main MTB.

Lagi hebat dia berpeluang main untuk Sukma, Eliza ni pernah jadi wakil negeri pada tahun 2014 tapi dalam acara "Road Bike' dan acara 'Track' tapi usia makin meningkat dan makin tua, jadi dia tak boleh main sukma dah.... Eliza main MTB balik sebba dia ni addict sikit kat basikal.  

Aku tanya kat Eliza, camne dia boleh dilamar oleh Rapidino, ye la, aku pun nak tau gak kan, mana tau berbekal dengan 10 pingat takde kaler yang aku kumpul sepanjang taun lepas mungkin aku ade peluang pulak kan nak bawak Rapidino.

Dia kata dia jumpa team tu masa event Trelblazzer kat Klang baru-baru ni, masa tu dia dapat no 2, Rapidino kata dia risik-risik la, kalau ikut adat melayu memang la kene risik dulu kan sebelum lamar, Eliza sebelum tu jampir-hampir nak ikat kontrak dengan Polygon dah katanya.

"Sebab belum ikat contract degan polygon,  Ely free utk pergi kat rapidino..alang2 dpt offer tu, Ely slow talk dgn polygon then proceed dgn rapidino.

"Masuk skg dkt 2 bulan dah dgn rapidino, so far so good ." katanya kat aku (korang nampak tak dia dia bahasakan diri dia Ely kat aku.. !!) haha.

Aku try la adjust kan kalu Rapidino nak pakai 3rd rider rekemen la aku, aku kata kalu setakat nak medal gold 10 takde hal, aku sanggup 'spray' sume medal aku kale gold, tapi jawapan dia sikit hampa la pulak.. takpe la... 


Ely Bey

Aku tertarik sikit sebenarnya dengan basikal Rapidino nei, gila kau.. basikal mahal ni..  alang-alang dah Eliza ada mood nak sembang petang dengan aku (kat bawah pokok kat tasik perdana ) aku tanya la macam-macam lagi kat dia.

Berbanding kebanyakkan racer, Eliza gunakan tayar bersaiz 27.5 Inci, katanya basikal tu memang cukup ngam dengan dia  sebab saiz basikal yang digunakan nya kene sangat dengan saiz badan dia, tambah lagi groupset  bagi basikal Rapidino "Bronto" yang digunakan Eliza menggunakan groupset "SRAM XX".


Paling best basikal "Bronto" Eliza ni ade nama.. (ala.. cam korang tak letak nama untuk basikal korang lak)


"Ely panggil basikal tu 'Ely Bey'... hehe nama manjaaa. bagi dia syg tuan dia," kata dia kat aku (kau tgk... dia bahasakan lagi diri dia Ely).

Ok la.. atas permintaan dia, aku tukar la Eliza tu jadi Ely,... haha nama tu agak comel (maksud aku nama basikal tu).

Kata "Ely" kat aku berat keseluruhan basikal tu lebih kurang 10 kilo, menggunakan kesemuanya barang original Rapidono, berat tu katanya sesuai sangat dengan berat dia, ini antara rahsia yang menyebabkan dia sangat selesa tunggang basikal tu katanya.

Paling best bila aku tanya saiz chainring apa dia pakai kalau nak race dia dengan selamba jawab dia guna chainring 42T.. aku agak termenung sikit bayangkan betapa kuat kaki dia, kalau terajang orang boleh koma 3 hari woooo.. memang kuat.

Aku tanya jugak kat ely apa dia buat kat basikal dia tiap kali nak race, maksud aku ada tak adjust-adjust ke.. ubah ratio gear ke apa, dia jawab takde cuma kalau ubah pun katanya ialah tayar, tayar dipilih bergantung pada keadaan track.

"Depan lain belakang lain, org kata bunga dia lain..depan kena byk bunga bagi cengkam sikit . belakang tak kesah sebab yg control depan.

"Tayar tu ikut lah kalau banyak rock garden, kurang skit angin, kalau road je, keras lah." katanya.

Dan bila aku tanya tayar ape yang jadi feberet dia dengan pantas yakin dan tenang dia jawab "Racing Ralph dan "Rocket Ron".

Punya la rancak kami borak sampai berapa lebar handle dia pakai pun aku tanya, kalau korang nak tau Ely guna handle saiz 720mm sebab sebelum ni dia dah biasa bawak basikal 29er. so katanya lebih senang nak kawal basikal di laluan teknikal.

Ada lagi sikit-sikit tips nak bagi camne lagi laju kalau tengah race, tapi aku fikir biar la tips tu aku simpan untuk diri aku sendiri.. hahahah.

Ehh kalau korang peraan aku tak cerita banyak pasal basikal tu kan, Sabar- sabar... nanti sesenang aku cari info dan aku review kan, cuma mungkin korang dah tau, Frame "Bronto" tu je boleh dapat 2 bijik basikal aku... frame je tu.

Tapi dah sah la kalau camtu la modal untuk frame je dah boleh agak kan camne bestnya basikal tu.


Rahsia Paling Besar

Ok, ini rahsia, bab ni kita kene serious sikit, tu pun kalau nak dengar cakap rider pro, ni bukan aku yang pandai-pandai tau, tips camne nak kayuh dengan berjayanya ni Ely yang bagi.

Katanya kat aku, (masa  ni kami sharing makan twisties kat bawah pokok) untuk seorang  fulltime rider mcm  dia dan lain-lain yang power tu, rehat yang cukup, pemakanan dan program training sgt penting.

Kalau tak betul-betul buat atau silap sikit pun akan beri kesan masa berlumba, Ely kata sekarang ia kurang jaga masa rehat.. malah training pun on off je.. makan lagi la dia tak jaga (sambil kunyah twisties). sampai kadang-kdang dia kata bukan pelumba pun kadang-kadang boleh kalahkan dia.

Dia kata kena jaga pemakanan, amalkan ambik makanan yang sihat dan paling penting kene ikut waktu, pagi sebelum nak mula traning dia kata mesti makan ini untuk pastikan kita cepat penat dan kehilangan tenaga masa tengah traning.

Mee goreng ke, kari ke.. apa je la yang berminyak dan goreng-goreng macam ayam KFC kene elak. 

Makan malam pulak kalau ikut nasihat Ely kene lewat-lewat pukul 8 malam, sebab kalau nak race pukul 9 atau lewat-lewat pukul 10 malam kene tido dah (macam tips takmo perut buncit je ni) 

Satu lagi tips dia bagi masa race kene amalkan minum air sebelum haus. ..


Hepi New Year 2015

Aku tanya secara ringkas kat Ely, ye la sempena tahun baru kan, ....apa pulak plan dia untuk tahun 2015.

Katanya bagi tahun 2015 ni dia pasang Azam untuk race dekat luar negara pulak, tapi itu masih dalam perancangan katanya.

Ely pun kata dia nak cuba capai impian dia untuk tersenarai dalam kelompok 10 atau 20 terbaik kategori pelumba tempatan dalam LIMBM taun ni, tapi dia sedar itu bukan mudah, dia berazam untuk kerja lebih keras untuk penuhi impian dia tu.

Dan aku percaya dia boleh buat, (Abg support 101% Ely.. hahaha)

Adik minat main basikal?

Ohh , macam lama pulak kan aku dok sembang dengan Ely, serious rider power ni tak sombong dan tak kedekut ilmu, katanya buat ape nak simpan ilmu, kongsi-kongsi lagi elok..wahhhhhh!!

Aku tanya dia ada pesan ke dekat kawan-kawan yang minat nak main sukan lasak ni, pesan dia beri memang menunjukkan kematangan dia.

" Pesanan untuk  rider luar tu, kalau nak berjaya senang je... dan nak gagal lagi senang.

"Kalau di Malaysia, perempuan senang nak compete, berbeza dengan lelaki, kalau rajin training, tahu program, boleh lah menang...cepat naik.

 "Utk yg muda-muda remaja 16 ke 25 tahun tu dari  tak buat apa, baik kayuh..haha untung- untung dpt kawan baru, bercampur  dengan smua golongan usia, mak bapak pun happy dia  tak buat benda tak senonoh . maklumlah bukan senang jaga ank perempuan sekarang... pesanan tu pun sebenarnya utk diri Ely sendiri jugak," katanya.

So kawan-kawan, betullah sukan ni mengajar disiplin kan, dan apa yang dikatakan Ely memang betul, dari tak buat apa dan tak tentu hala, baik buat sesuatu yang berfaedah kan...


Rapidino Racing Team

Rapidino Racing team, selain mempertaruhkan Eliza, turut mempertaruhkan Mohd Danny Mohd Shariffudin, penyertaan pertama mereka sebagai pasukan lumba adalah pada sirkit terakhir di Asahan pada hujung tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif jenama basikal Rapidino, Lo Chun Haw pada November lalu pernah berkata, pasukan tersebut belum meletakkan sasaran tinggi dalam setiap perlumbaan yang disertai

Namun melalui beberapa perlumbaan yang disertai mereka, terbukti pelumba pasukan itu berjaya memberi saingan hebat kepada pelumba berpengalaman lain.

Rapidino adalah jenama basikal premium dari Itali dan mula dipasarkan di negara ini sejak Ogos lalu, turut menjadi sponsor di beberapa kejohanan.. tapi aku tak dapat-dapat pun frame tu tiap kali nombor cabutan bertuah naik... hampeh betul.

Kalau korang nak follow Ely, boleh "like page Official dia" ok

APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments