Random Posts

header ads
header ads

Review Dahon Vybe D7 Folding Bike


Sebelum ni aku dah pernah cerita pasal basikal lipat , kali ni pun aku nak cerita pasal basikal lipat lagi, aku harap korang tak bosan la ye asyik cerita pasal lipat-lipat je.

Aku ni bukanlah penulis hebat, nak karang-karang ayat tak berapa nak reti la, sebab tu memang takde memana kedai 'terasa baik ati' nak bagi pinjam basikal untuk aku review share-share dengan korang.

Kalau ada kawan-kawan beli basikal baru lah aku ade peluang pinjam, tu pun lepasa aku terhegeh-hegeh buat muka tak berapa nak malu mintak test kejap.

Aku pun jenis gaji tak berapa nak ada, so tak mampu la nak beli barang-barang best untuk aku review, so korang kene doakan aku kaya cepat la kan kalau korang nak aku review barang-barang best.


Taman Tasik


Macam yang kita tau basikal lipat ni bukan direka untuk kegunaan lasak sangat, selain mudah dibawa ke hulu hilir, basikal jenis ni memang direka sebagai basikal angin jalan-jalan santai bantai.

The best place untuk bawak basikal jenis ni dah tentulah dekat taman-taman tasik, selain bersantai petang-petang boleh jugak usha-usha awek kat sana, pusing-pusing berenti bawah pokok ambik gamba 4-5 keping sebelum balik.

So kalau yang jenis minat nak beriadah, bukan nak bersukan sangat memang basikal jenis ni la paling sesuai, tak perlu fikir lagi.

Tapi bila dah teringin sangat nak beli sebijik basikal taman, basikal taman jenis mana yang 'berbaloi" untuk kita beli, sebelum ni dah review basikal lipat jenama Raleigh model Ugo ( baca kat sini ), kali ni aku review pulak sesuatu yang lebih istimewa. harap dapat membantu.


Politik Longkang  dan Kapitalis perut hijau.

Dr. David Hon adalah seorang ahli fizik yang terkemuka di Hughes Aircraft Corporation. Pada tahun 1975, Dr. Hon dan pasukannya membangunkan teknologi laser yang akhirnya telah digunakan pada kapal angkasa, dan banyak persenjataan moden macam sistem bimbingan peluru berpandu dan sebagainya.

Jadi korang jangan pandang lekeh sangat la dekat basikal ni, kan dah cakap basikal ni merupakan pengangkutan paling popular sehingga kini,  tapi  'stigma' orang sering pandang rendah pada peminat-peminat basikal ni.

Peminat basikal ni kadang-kadang bukan lekeh sangat, ada je kawan aku kerja arkitek tapi guna basikal setiap hari untuk pergi balik kerja, malah ada je orang yang gaji RM10,000 sebulan pun gila main basikal, bukan sebab dia takde duit, tapi sebab minat.

Bukan nak cakap apa, tapi kalau kita pandu kereta MyVi ke proton iswara ke jangan nak belagak sangat, sebab ada je basikal yang harganya lebih mahal dari kete tu, ade je yang sengaja himpit pengunggang basikal, sakit akal agaknya.

So sama-sama guna jalan, aku harap pemandu kereta hormat sikit kat pengunggang basikal ni, bukan sebab korang je bayar roadtax tapi kerajaan takkan mungkin boleh buat jalanraya kalau tak sebab kutip cukai dari setiap orang... kerajaan kan hidup guna duit rakyat "jangan berlagak sangat".

Aku bukan apa, kalau korang sengaja himpit penunggang basikal ni dah tu terlanggar, terpaksa la korang lelong kete sebab nak ganti balik basikal yang korang langgar tu, so pemandu hormat penunggang, penunggang akan hormat pemandu... rules tu senang je.

Ok, balik pada sejarah basikal Dr Hon pulak,  sebab pencipta basikal ni sedih sangat apabila hasil geliga otaknya diguna untuk bunuh orang berbanding mencipta sesuatu yang lebih indah di dunia ni jadi dia cuba lakukan sesuatu yang lebih elok.

Aku berpendapat, benda-benda sial yang berlaku di muka bumi ada 3 iaitu perang, politik longkang dan golongan kapitalis, walaupun perang cipta banyak benda baru dalam kehidupan seharian termasuk 'Plastik' makanan dalam tin dan sebagainya ia masih bukan sesuatu yang perlu, macam politik jugak, bila dah jadi politik longkang yang besar perut dah tentu la menteri .. rakyat yang kene catu makan.

Kapitalis, dah tentu la perut hijau, takyah cakap lagi la korang dah tau camne,.


Sejarah Basikal Dr Hon

Ok, kata-kata perangsang kat atas tu untuk ingatkan korang je... antara politik longkang dan kapitalis perut hijau kitalah yang lebih berkuasa, diorang tu tunggu peluang je untuk perbodohkan kita.

Macam Dr Hon yang dah melakukan 'Dosa' sebab geliga otak dia, kita pun boleh ubah keadaan untuk jadikan dunia lebih bagus, selain sikap hormat menghormati kita boleh jaga bumi ni dengan kurangkan penggunaan minyak yang tak lama lagi naik harga balik.

Cerita pasal minyak yang kalau harga naik akan buat harga teh tarik mamak pun naik, kemunculan jenama ni pun ada kaitan dengan minyak jugak.

Inspirasi Dr. Hon muncul sementara tunggu barisan masa nak isi minyak kerata dia. agaknya bosan dan rasa kenapa la dia bodoh sangat nak beratur lama-lama maka timbul idea untuk ada pengangkutan asas yang mudah ... basikal yang senang lipat-lipat.

Selama tempoh tujuh tahun terutama hujung minggu dan waktu malam, dia dah bina banyak prototaip. 

Dan, pada tahun 1982, Dr. Hon memperkenalkan basikal lipat pertama jenama DAHON  dan ciptaan Dr Hon ni mendapat pujian antarabangsa.

Sejarah basikal lipat sebenarnya dah lama, ada sumber kata sejak 1890-an lagi basikal jenis boleh lipat ni dah ada, malah pernah dipatenkan.

Malah pengeluar basikal jenama Raleigh dari England pun pernah rekabentuk basikal lipat yang boleh digunakan dalam perang, tapi basikal tersebut tak pernah di "produksikan" dan digunakan dalam perang, yang banyak guna basikall dalam perang dah tentulah askar Jepun.

Cuma pada tahun 80-an  bermula dua peristiwa penting dalam sejarah basikal lipat, bilamana Andrew Ritchie mula mengeluarkan basikal lipat jenama Brompton pada tahun 1981. Kemudian pada tahun 1982, Dr. David Hon muncul dengan "Da Bike" yang merupakan basikal lipat dengan jenama DAHON.

Sampai hari ni, kedua-dua Brompton dan DAHON masih  merupakan jenama basikal lipat yang paling popular, sementara DAHON pula hari ini telah muncul sebagai  pengeluar basikal lipat yang terbesar di dunia dengan anggaran 60%  pasaran sektor basikal lipat.

Namun tak semuanya mudah, walaupun dengan semua anugerah itu, dia tidak mampu untuk meyakinkan mana-mana pengeluar basikal utama untuk melesenkan atau membina reka bentuk itu.

Jadi Dr. Hon yang mahu menghapuskan 'Dosa-Dosa"nya tu berhenti kerja, ambik keputusan berpindah ke Taiwan dan membina kilangnya sendiri. Dan pada 1983, basikal lipat DAHON telah memulakan pengeluaran basikal lipat dalam skala yang besar.

Tengok lah hari ni, dikatakan lebih daripada 2 juta Dahon dihasilkan, pergi la ke bandar besar seluruh dunia, Jenama ni bukanlah jenama yang asing dan tak dikenali.


Dr Hon VYBE D7 30 Anniversary

Basikal lipat ni seberat 11.9 kilo, tak banyak beza dengan model Vybe D7 biasa, cuma model ulangtahun ke 30 ni didatangkan dengan corak yang lebih menarik.

Malah selain amblem khas yang membezakan model ni dengan model lain, model sambutan ulangtahun ni didatangkan dengan corak menarik pada bahagia pelana, maksudnya kalau koyak atau hilang kene curi, memang korang tak dapat lagi dah pelana khas ni.

Ciri ciri lain memang takde beza, model khas ni cuma memaparkan corak dan perincian sikit berbeza dari model normal, so kalau korang minat nak dapatkan basikal model ni, yang normal pun dah cukup dah, korang akan dapat pedal boleh lipat yang sama, mudguard plastik bagi elak air terpercik ke baju korang yang sama, handle yang sama dan paling penting feel ride yang sama.

Aku tak mampu la kan nak bagi banyak-banyak review pasal basikal ni, sebab dapat kayuh pun sekejap je, tapi yang buat aku kagum ialah betapa 'rigid'nya basikal ni berbanding dengan Raleigh Ugo yang aku pernah review sebelum ni.

Berbanding Raleigh Ugo yang juga boleh lipat, takde goyangan tak munasabah pada D7 ni, bila kita unfold basikal ni dan kayuh kita rasa basikal ni bukan macam basikal folding.. mungkin disebabkan mekanisme locking 'Visegrip techology " pada basikal ni menyebabkan ianya rigid.


Cepat Tukar Gear

Sama macam Ugo, basikal ni jugak menggunakan sistem 7 kelajuan, tapi tidak menggunakan gear jenis Shimano macam Ugo pakai sebaliknya didatangkan dengan sistem grip shift dengan rd belakang jenis 'Neos 7" .. bab gear ni belum abis kaji lagi sistem 'Microshift' ni.

Tapi yang bestnye pasal gear ni ialah betapa cepatnya dia respon, pusing bawah gear tukar, pulas atas pun tukar.. memang cepat betul tukar gear.


Datang dengan flat bar, takde peluang la nak tukar drop bar macam roadbike pakai kecuali korang bijak dan cuba gantikan shifter yang digunakan pada folding ni, tapi itu bukan keperluan pun, imiginasi aku memang sering mengarut.

Brek basikal ni memang betul-betul mantap, walaupun guna sistem V-brek tapi tak langsung mengecewakan, malah boleh dikatakan setanding dengan cengkaman brek jenis cakera bagi menghentikan basikal yang guna rim dengan diameter 20 inci ni.


Siapa Menang?

Ohh basikal ni ade tongkat, jadi senang la nak parking dekat mana-mana, aku sebenarnya dah takde idea dah nak tulis ape ni.

Untuk basikal ni, aku boleh bagi 4.5 bintang sedangkan aku bagi 3 bintang penuh untuk Raleigh Ugo, ini pendapat aku yang bukan profesional ni, pada harga lebih kurang RM300 lebih berbanding Ugo aku tak tau la berbaloi atau tak.

Tapi diantara Ugo dan D7 ni, aku pilih D7 kerana ke 'rigid'an basikal ni, secara keseluruhanya boleh la kata basikal ni agak lasak, lepas 'kejatuhan' teruk oleh owner basikal ni baru-baru ni yang senget cuma handle bar, ambik allen key masalah selesai.

Sedangkan basikal ni masih tetap utuh dan 'rigid' seperti selalu walaupun kaki owner dah berdarah sebab sagat jalan.

Lupa nak bagitau, basikal ni kalau lipat saiznya sama je macam basikal lipat biasa, tak banyak beza pun, kalau dilipat-lipat ukuran keseluruhanya ialah 67cmx 34 cm x83 cm je, jadi kalau ada 4 bijik basikal ni boleh je sumbat dalam kereta tanpa masalah .... agaknya la.

Jadi, aku yang masih menunggu untuk review basikal folding jenama "Java" pulak fikir basikal D7 mengatasi segala-galanya berbanding Ugo, aku dah tanya-tanya owner dan bawak sendiri basikal ni.. memang takde komplen la.. memang best.

Sekian la laporan aku, nanti kalau aku senang-senang lagi kita cite benda lain pulak, macam biasa korang nak baca ... baca lah, jangan percaya sangat apa yang aku tulis ni, nak percaya lantak pi la... hahahah






APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

4 Comments

  1. Salam,

    Boleh recommend kedai yg jual basikal ni? Anggaran harga?

    Berapa berat maksimum penunggang ya?

    Tq.

    ReplyDelete
  2. Wsalam, bab tu susah nak rekemen.. sebab terlalu banyak kedai bsikal.
    untuk limit berat elok kalau dapat nasihat dari kedai, sebab saya bukan pakar dalam hal folding bike... :D

    ReplyDelete
  3. dulu sy main MTB..skang minat Folding bike..MTB gantung je..dah beli 2 biji utk anak2 yang biasa je..tgh cr DAHON ni utk diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. Jangan biar tergantung lama bang.... hahaha

    ReplyDelete