Random Posts

header ads
header ads

What Clipless For Amatur Macam Saya?



Ok, basikal aku sedang mengalami sakit yang serius, sebab aku dah takde benda nak buat, nak godek basikal pun tiada gunanya buat masa sekarang jadi aku rasa baik aku merepek -repek.

Macam biasa aku nak bagi "warning" dulu, korang kene tahu semua yang aku tulis ni korang tak patut percaya bulat-bulat, tapi kalu korang nak percaya gak ape aku tulis, lantak korang la...hahaha..


SAYA NAK NAMPAK PRO

Memang dah pasti lah kalau nak nampak macam rider pro salah satu benda yang kita wajib tukar dekat basikal adalah pedal, kata orang kene pakai clipless baru nampak garang bro, baru nampak macam pelumba basikal kebangsaan.

Mana mungkin nak nampak pro kalau kita pakai basikal Cannondale sekalipun, siap dengan jersi hitam kuning pelumba kebangsaan tu kalau "race machine" kita pakai pedal plastik basikal kanak-kanak tadika.

Kalau korang tak caya kata-kata aku ni, korang try la jambori depan, korang register masuk race, dah tu  korang pakai padel plastik kale-kale kat crank Sram XX1 korang... pasti korang akan alami perasaan yang tak pernah korang rasa bila orang lain lebih minat tengok padel korang dari basikal korang yang dah fully upgrade tu.

Aku percaya korang tak rasa cam rider pro dah, tapi mesti rasa macam nak nangis.

Mungkin yang baru nak main basikal akan tertanya-tanya "apa kebende" pedal clipless tu, kenapa beria-ia sangat kene pakai, kalau taknak pakai tak boleh ke?.

Jawapannya mudah sangat, suka ati korang la nak pakai ke tak, takde sape pun suruh.. hahaha.

Aku bukan nak cerita pasal tu, mungkin kebanyakkan kita lebih tertanya-tanya pedal clip jenis apa yang best, kat sini aku akan kongsi sikit pengalaman aku setelah guna beberapa jenis pedal supaya korang boleh decide pedal jenis ape yang berbaloi-baloi untuk dibeli


.Shimano SPD PD-M530

"High-end performance without the high-end price tag attached"  itulah ulasan ringkas yang diberikan sebuah blog basikal terkenal kepada pedal Shimano model ini.

Tanpa perlu membayar dengan harga yang mahal, boleh la kita kata kita membeli pedal yang dikira hampir "perfect"  bagi pengguna  kategori amatur nubis kubis macam kita.

Berdasarkan pengalaman aku, aku sangat suka pedal ni, platform pedal ni luas, yang ini penting untuk rider yang baru belajar nak guna pedal clipless sebab kebiasaannya kita akan rasa tak berapa selesa dan tak rasa selamat sama sekali bila nak turun bukit dengan kaki terkunci dekat padel.

Platform yang luas ni membolehkan kita unclip dan letak kaki dengan lebih kemas pada permukaan pedal tanpa rasa macam nak terlucut dari pedal tu... itu kelebihan pedal ni... rasa selamat sikit beb.

M530 ni jenis double sided, jadi kita senang nak clip kan kasut kita pada pedal ni, malah tahap kekerasan spring pada pedal ni boleh diubah-ubah bagi disesuaikan bagi keselesaan kita.

Paling best sebenarnya walaupun ramai yang kata pedal shimano susah nak unclip, aku rasa pedal ni mudah nak clip, letak kaki adjust sikit bagi sangkut dan tekan... ini bagus sebab kita taknak buang masa seminit dua minit semata-mata nak clip kasut pada pedal.... percayalah.

Cuma yang aku rasa tak berapa best ialah pedal ni agak berat, sebelah pedal ni beratnya lebih kurang 224 gram , kalau sepasang dan 448 gram, dah dekat setengah kilo, banyak tu wooo.

Satu lagi yang tak berapa best pasal pedal ni ialah hanya selepas 2-3 kali guna korang akan dapati pedal korang akan bercalar balar, ini sebab cleat yang di skrew pada kasut korang akan berlaga dengan permukaan pedal yang dibuat dari aloi tu, takde cara kot untuk elak pedal ni bercalar, kecuali korang bukak dan simpan dalam kotak.

Masalah ketat masa nak bukak, aku rasa bila dah pakai 3-4 kali korang dah biasa dah untuk unclip dulu sebelum berenti basikal, walaubagaimana pun jatuh pakai padel clipless tu normal, boleh kita ibaratkan sebagai dapat lesen besar.

#baca sni untuk 1st review pedal ni dah sepatu Lake MX-236


CrankBrother Candy 1

Selain dari Shimano, aku pernah jugak try pedal CrankBrothers candy 1, itupun lepas aku diracun-racun kononnya pedal CrankBrother ni lebih sedap dari Shimano.

Candy 1 ni agak ringan berbanding pedal lain, dihasikan dengan menggunakan komposit plastik berbanding aloi yang digunakan untuk pedal CrankBrother candy series lain, menjadikan pedal ini antara yang paling ringan pernah dihasilkan, berat keseluruhan pedal ni kurang dari 300 gram... sikit lebih dari 250 gram.

Dikategorikan sebagai pedal untuk kegunaan nubis kubis yang nak pergi join jamboree redah trail atau yang layan all mountain, aku rasa pedal ni antara yang terbaik dalam kelasnya.

Dari pengalaman aku, ketahanan pedal ni tak perlu diragui, walaupun dihasilkan dari plastik, badan komposit pedal ini cukup tahan lasak walaupun banyak kali terlanggar batu atau basikal tanpa sengaja tertongek,takde pecah, cuma calar je.

Mekanisma untuk lock kan kasut pada pedal ni berbeza berbanding Shimano, aku rasa itu antara faktor yang menyebabkan pedal ni dapat dihasilkan dengan berat yang minima, Crankbrother menggunakan sistem 4 sided wings untuk mekanisma lockingnya, spring pulak dari stainless steel, Spindle (Shaf) pulak dari cromoly yang tahan lasak dan kuat.

Kelebihan utama pedal CrankBrother ialah hampir kesemua pedalnya yang aku tahu ada rebuil kid, korang boleh guna pedal korangs elagi tak hancur, kalu bearing rosak beli rebuilt kid dan overhaul balik, tapi aku takde pengalaman tu.

Aku tak berapa pasti apakah Candy 1 ni boleh direbuilt balik, sebab secara logiknya kalau bearing besi laga dengan plastik , dah tentu plastik akan cepat haus, so dekat sana mungkin ada sikit kelemahan.

Ok, aku nak cerita bab paling penting, bagi yang tercelaru otak nak beli pedal ape, ini persoalan yang penting.

Adakah Candy 1 ni sedap macam namanya, adakah bila kita pakai rasanya betul-betul macam "gula-gula yang sweet".

Betullah Candy 1 ni lebih senanng nak unclip berbanding Shimano, dan aku pasti kalau kita pakai pedal ni secara automatisnya kasut kita akan unclip dari pedal kalau tertonggel, secara praktikalnya aku tak tau betul atau tak, tapi secara teorinya itulah yang kita rasa bila pakai pedal ni, lebih kompiden.

Candy 1, tak susah nak clip, everithing ok, tambah pulak dengan adanya platform kecik tu kita boleh unclip dan letak tapak kasut kita dengan kompiden bila menuruni bukit.

Minat?, Candy 1 ni didatangkan dengan banyak warna, pilih je sama ada warna hijau, biru , merah atau pilihan kalbu ramai... warna hitam yang anggun tu.

Harga?, korang pegi la check sendiri, kedai jual tak sama harga, ade yang mahal RM10 ade yang murah RM20 hinggit, cuma aku dapat pedal ni dengan harga yang murah bila ada kawan nak jual sebab dia tak berapa selesa nak pakai pedal clipless.

Cuma, CrankBrother menggunakan "Cleat" tembaga, yang kita akan perasan ialah bila kita kerap jalan atas permukaan tar atau batu cleat tu akan cepat jahanam.


CrankBrother Eggbeater 3

Konon nak nampak pro sikit, jadi aku tukar la pulak pedal candy 1 aku kepada eggbeater 3 (tiga kali gigit telur) ni, kebetulan ade membe nak jual murah sikit kat aku.

Berbanding dua pedal clipless yang aku perah  gunakan, eggbeater 3 ni takde platform, dah pastilah barang yang "minimalis" cam eggbeater 3 ni lebih ringan.
Dah jadi hukum alam agaknya, entah kenapa kalau dulu kita ok je kayuh basikal berat-berat tetiba sampai satu tahap kita nak basikal ringan pulak, agaknya kita dah terlalu letih kayuh basikal berat, sampai habis dah semua tenaga... makanlah pisang untuk kembali bertenaga..

Menurut kajian, pisang mengandungi kandungan potasium, bebas dari lemak, rendah kandungan garam dan kata sumber vitamin.

Pisang jugak mengandungi sejenis protein yang dikenali sebagai Trytophan yang membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan, jadi pisang amat berguna kalau kita join jambori, sebijik pisang yang dimakan ketika kilometer 25 dapat membantu mewaraskan kembali otak kita yang masa tu dah mula tak betul.

Nanti la aku cerita lagi pasal pisang kalau ade masa.

Tapi otak yang tenang takkan jadi tenang bila kita jumpa downhill semasa pakai eggbeater 3, ketiadaan platfor akan menyebabkan nubis kubis cam aku ni rasa nak nangis, unclipp, dah tu letak kasut atas pedal yang takde platform beri sedikit rasa tak setabil, kaki tak berada kemas diatas pedal.

Itu je yang tak seronok, tapi kita kene fikir positif, kalau pedal ni tak bagus takkan la ramai rider pro jugak pilih pedal ni, mesti ade sebab kan, ... sebabnya kebanyanyakkan rider pro pada fikiran aku tak unclip pun masa downhill ( maksud aku bukan downhill gila2 macam orang pakai basikal dowhill tu la).

Lepas beberapa kali try, aku cuba decide untuk tak unclip "most of the time" dan sebenarnya masa turun bukit tu kalau kasut masih clip kat pedal, kita akan lebih komfiden, lagi senang kawal basikal.. pendapat aku la kan.

Jadi dari kita asyik kelam kabut nak unclip pedal, dengan eggbeater ni kita belajar jadi redha, kita akan lebih berani untuk clip kasut dekat pedal berbanding sikit-sikit nak bukak.

Kecuali takde platform, boleh katakan spesifikasi pedal ni lebih kurang dengan candy 1, cuma berat pedal ni kalau ikut apa yang dikatakan pengeluar ialah 290 gram, berat sikit dari candy 1.

Kalaua candy 1 ada masalah nak clipkan kasut dekat pedal, percayalah eggbeater 3 punya masalah sama, malah lagi teruk, dah agak lama aku pakai masih kadang-kadang tak lepas nak clipkan kasut, itu memang bagi aku bawak masalah, malah kadang-kadang kaki boleh tergelincir dari pedal sebab takde platform.

Memang nak kayuh pegi kedai pakai sliper agak menyulitkan, takkan nak pegi kedai beli roti pun nak pakai kasut gak kan, "apa ke jadahnya".


Camne ni bro ?


Susah kalau bab part basikal ni, kesemuanya sebenarnya bergantung kepada selesa sendiri, setiap orang lain kehendaknya, lain cara.

Mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang aku tulis kat atas, memang betul, aku bukan "pemain basikal" profesional, tapi yang aku sampaikan berdasarkan pengalaman sendiri dan perbandingan yang aku buat, semoga boleh beri manafaat pada kawan-kawan yang berkira-kira nak guna clipless.

Antara ketiga-tiga pedal tu, kalau ditanya aku akan pilih Shimano , walaupun agak susah bukak, tapi kita boleh clip dengan mudah bagi aku tu lebih penting sebab tak ganggu banyyak kayuhan, berbanding terkial-kial nak clip kasut kat pedal.

Ada orang kata, shimano susah nak masuk bila ade lumpur kat kasut, betul la tu, tapi bagi aku, Crankborther pun sama gak, bila dah penuh lumpur makin susah nak clip kasut.

Berbanding Candy 1 dan eggbeater 3 pulak, aku pilih candy 1, sebab sebenarya lebih ringan dan dengan adanya platform ia sebenarnya banyak membantu.

Tapi aku nak ingatkan kawan-kawan yang nak pakai clipless, kita kene bersedia untuk jatuh, ada kala tahap "kejatuhan" tu teruk sekali.. dua tiga atau empat lima kali la jugak aku pernah jatuh.

Kadang-kadang kita rasa hampa, sudahlah beli pedal mahal-mahal, kasut pun mahal tapi "apa kejadahnya" bersusah payah dalam hutan.

Ada banyak kelebihan pakai clipless, terutama masa climbing dan sprint, tapi bagi yang berkira-kira dan bukanlah jenis nak laju... lebih elok korang pakai kasut biasa, lebih selesa, lebih selamat dan jimat.

Pilihan dekat tangan sendiri, tapi bagi kebanyakan yang dah pakai clipless, mereka susah sekali nak ubah selera.

Sekian kali ni, nanti aku ade modal nak kelentong korang, tak pun lepas aku baca apa-apa .. dan yang paling penting aku ade "mood" dan masa, aku tulis lagi la, semoga korang rasa kagum gila kat aku, mesti korang fikir aku rider pro kan..

Aku kubis nubis je pun sebenarnya... copy paste je sume ni.. hahaha...










APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

2 Comments