Random Posts

header ads
header ads

Basikal Lamborghini Edisi Ulangtahun ke50



Masa mula-mula aku 'terjebak' main basikal dulu, aku pernah terjumpa basikal jenama kereta.. masa tu ade terasa "huh hebat betul basikal tu" nak pulak masa tu basikal jenama kereta tu menggunakan badan jenis 'fibre carbon'.

Masa tu la, basikal tu pulak pakai disk brek... sama macam teknologi kereta dan berkelajuan 'super saiya' sebab guna gear 3x9 yang dah tentu lebih banyak gear kereta yang hanya ada 5.

Tapi lama-lama aku mula insaf dan sedar, basikal berjenama kereta taklah hebat mana... kadang-kadang pengeluar kereta sengaja berkolibirasi dan 'tepek' jenama kereta diorang dekat basikal atas sebab yang kita takkan faham.

Basikal berjenama kereta yang aku terjumpa dulu tu ialah 'Proton T-Bold' yang sudah la berat malah turut membingungkan.

Sampai sekarang susah aku nak yakinkan diri basikal T-Bold tu ialah sebuah basikal XC sebab basikal tu terlalu berat untuk dibawa berlumba.. malah aku tak pernah yakin T-bolt adalah sebuah basikal 'bergenre' Downhill sebab aku sangat yakin basikal tu akan patah 2 kalau kita cuba.

Bukan nak merendah-rendahkan barangan buatan Malaysia (sebenarnya 'proton' T-bold bukan dikilangkan di Shah Alam).... tapi barangan buatan negara kita sendiri kurang meyakinkan dan tak menyelerakan (kecuali pisang goreng dan karipap).

Tapi itulah hakikatnya.. tak tau kenapa negara kita yang dulu lebih hebat dari Singapura atau Taiwan dulu sekarang dan jadi sebaliknya.

Dari segi apa pun, ekonomi... industri.. malah dari sudut pemikiran kita dah tertinggal jauh... negara sedang terbantut....nak salahkan menteri tak boleh'Lah'..... apa sekali pun kita kene 'Wala' pada pemimpin dan terus 'percaya sampai mati' apa je yang diorang kata.... termasuk kata ekonomi negara sekarang sedang berkembang baik dan berada atas landasan.


Kehebatan Melampaui Batasan.

Ok,sekian sikit mukadimah aku.. terus terang aku kata mukadimah tu hanya terpakai pada yang mahu berfikir.. yang masih mahu 'wala' dan setia melulu tu pegi lantak la... korang memang dah tepu.

Berbalik pada cerita kali ni, bukan saja Proton pernah pernah keluarkan basikal, tapi aku pernah juga jumpa basikal jenama BMW... malah basikal Hummer pun ada (walaupun kita tau tu hummer sana China bikin).

Malah pengeluar kereta terhebat dunia contohnya Aston Martin dan Caterham turut pernah adakan kolibirasi (susah nak taip ayat tu) dengan pengeluar kereta bagi tujuan menepek jenama kereta diorang pada basikal... tujuannya aku tak berapa tahu.

Nah kini terbuktikan, betapa hebatnya basikal ni .....bukan sahaja ia telah dipilih untuk dijadikan pengangkutan utama oleh bangla dan nepal yang dah berlonggok dan menyusahkan 'rakyat asli' dalam negara ni .. tapi pulak telah diangkat menjadi 'ikon' pada kehebatan melampaui batasan..

Aku pernah kongsikan cerita basikal konsep yang diadaptasi dari icon kereta sport sepanjang zaman "Porcches 911" kalau tak percaya boleh klik link ni untuk baca.


Berkolibirasi Tepek Jenama

Oklah kita balik pada cerita, sama macam Proton jugak, basikal lumba istimewa yang aku nak cerita ni tidak dikilangkan sendiri oleh pengeluar kereta 'Lomborghini' dari Itali.

Sebaliknya mereka telah berkolibirasi dengan pengeluar basikal berjemana 'BMC' dari negara Swiss.

Hanya 50 buah dikeluarkan, tak pulak lebih atau kurang, ia bagi meraikan ulangtahun ke 50 kewujudan syarikat pengeluar kereta ni, disamping tu mereka turut mengeluarkan supercar edisi khas...'Veneno'.

Sikit pasal Venono.. adalah supercar keluaran terhad, khabarnya hanya 3 buah telah dihasilkan dan telah dipertontonkan semasa Geneva Motor Show.

Dengan kapasiti enjin V12 6.5 liter, Venono menghasilkan sebanyak 750 kuasa kuda dan mampu memecut dari 0-100 Km/jam dalam masa 2.8 saat... kelajuan maksima supercar tersebut ialah 355 km/jam.... laju kan.

Berharga USD3.4 juta kita habiskan cerita pasal Venono tu dekat sini sebab logiknya tak mungkin kita boleh beli pun kereta tu lagipun Veneno yang kononnya sangat hebat tu akhirnya dianugerahkan gelaran "mobil paling jelek dalam sejarah Lamborghini'.


Sejarah Lomborghini

Disebalik semua tu ada cerita menarik pasal 'Lomborghini' ni, mungkin dah ramai yang tahu macam mana boleh terdiri syarikat pengeluar kereta sport itali ni, tapi aku nak cerita jugak,... ini versi aku, kalau nak percaya percayalah, sedangkan buku teks sekolah pun banyak menipu... ini pulak aku.. hahaha

Ceritanya macam ni,  "Ferruccio Lamborghini "  setelah berkhidmat dalam angkatan udara Itali, mula menjalankan perniagaan membaiki kenderaan pertanian, dia berwawasan sangat jauh atau mungkin pencen dia tak berapa nak cukup sampai dia terpaksa repair mesin bajak.

Ferruccio jugak adalah mengemar kereta.. pendek kata apa sahaja yang ada enjin masa tu dia minat, perniagaan yang dijalankannya dikhabarkan semakin berkembang sehingga di turut menyimpan beberapa kereta hebat zaman tu termasuk kereta 'Ferrari'.

Tapi satu kejadian membuat sejarah dunia berubah, kereta jenama 'Ferrari' yang dimilikinya sering ada masalah sampai astu masa dia ingin berjumpa sendiri pemilik syarikat tersebut 'Enzo Ferrari' untuk komplen la, tapi si Enzo ni sombong dan taknak jumpa Ferruccio, maka mamat ni kecik ati dan bertekad untuk buat sesuatu.

Akhirnya, pada tahun 1963, Ferruccio mempersembahkan prototype Lamborghini 350 GTV kepada umum di pameran kereta Turin. maka bermulalah detik gemilang buat mangsa kesombongan Enzo tu.


Macam Bawak Kereta Lomborghini

Letih betul nak cerita pepanjang ni, patah balik la cerita pasal basikal tu ok.

Basikal ni sahaja berharga sekitar USD32,000 dan dah tentu bagi kebanyakkan orang macam kita takkan mampu nak beli dan hanya mampu lihat je.

Menggunakan Frame dan fork carbon Impec BMC dengan perincian khas untuk menonjolkan lagi kemewahan jenama Lamborghini,

Stem dan handle bar 3T, manakala groupset Campagnolo Super Record dengan tayar Continental Competition 22 tubular yang dipasang pada roda Campagnolo Bora Carbon Ultra Two Tubular.

Basikal ini hanya seberat 6.85kg tak termasuk rider... dan bagaimana rasa kayuh basikal ni.. entah.. rasanya sama macam bawak kereta Lomborghini kot... aku tak pernah test pun... hahaha


Ok la... dah habis, nanti la aku cerita lagi sebab dah hujung-hujung aku tulis cerita ni aku dapati tak menarik pun basikal ni sebenarnya..


APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments