Random Posts

header ads
header ads

BikeTouring - Poi Port Dickson Naik Basikal.




Sesuatu yang tak disangka, Seringkali mendatangi kita, Itukah suratan dalam kehidupan, Atau hanya satu kebetulan.

Memang aku pun sebenarnya tak berapa nak sangka, dalam syok-syok layan MTB,..akhirnya terjerumus teruk dalam dunia biketouring, kalau ikut perkiraan aku, agak teruk jugak terjerumus tu, agak susah nak kembali ke pangkal jalan nampaknya.

Kalau nak cerita macam mana aku boleh terjebak, memanglah agak panjang ceritanya, kalau panjang-panjang korang mesti taknak baca kan, kalau korang taknak baca korang la rugi sebab baca ni free je pun. 
Secara ringkas camni la cerita camne aku boleh terjebak, dah suratan dalam kehidupan, kawan aku kaki touring tegar, otai pulak tu,,,, dah la otai, kira lajen lak tu... habis padang pasir diredahnya sorang-sorang... ceritanya dah hampir nak gila... bercakap dengan lobak.... bergaduh dengan basikal....tapi nasib dia agak baik... dia dapat diselamatkan.

Sesetengah orang kata dia hensem, bab tu aku tak tau la... tapi secara jelas,  mamat baju hijau bernama Ezrin si #HoboBike yang dok usung #travellingberuang tu lah yang hasut aku touring...terjebak teruk...

Ok la, bab tu selesai sudah, mungkin bila aku ada idea dan ada masa aku kongsikan cerita camne aku bebetul mula nekad nak buat biketouring, sebab apa dan macam mana aku gapai cita-cita tu.. ye la.. mana tau korang minat .. mungkin boleh jadikan tu panduang... nak jadikan inspirasi memang tak la kan.


Terpaksa Tempuh 8 Negeri.

Masa tu basikal touring belum siap, dan aku bercita-cita tinggi, sangat tinggi.. (kalau korang pernah tengok cerita Sang Pemimpin  ( klik sini kalau nak layan movie tu) korang tau la camne punya tinggi cita-cita aku tu).

Nak pegi Port Dickson (PD) kayuh basikal, kalau ikut logik akal tempat tu memang agak jauh, untuk newbiew dah tua macam aku ni kira satu sejarah maha besar la kalau berjaya pegi sana naik basikal.

Gila kau... mana tak sejarah.....masa remaja, masa kolegen dalam kulit muka  tengah banyak aku anggap PD tu sangat jauh.. nak pegi sana mandi laut kene naik bas baru sampai beb,...tu pun kene lalu seremban... nak lalu seremban kene pegi Negeri Sembilan.

Masa aku kecik remaja comel-comel tu aku duduk kat Selangor,  .. ikut kira-kira aku.... aku terpaksa tempuh 8 buah negeri .. baru cukup 'Sembilan Negeri'.... gila kau... setengah malaysia kene pusing sebab nak mandi laut...jauh kan...

Takpe, ambik inspirasi dari lagu Zaiton Sameon, aku masih menaruh harapan, dan akhirnya aku dan beberapa sahabat termasuk mamat baju ijau tu berjaya jugak sampai.

Tapi yang bestnya, benda ni berlaku secara tak sengaja, tak rancang langsung nak pegi PD.... macam lirik lagu blackdogbone (tulanganjingitam?) la.. "Sesuatu yang tak disangka, Seringkali mendatangi kita," kan....


Sejarah Port Dickson

Untuk rekod, Port Dickson mendapat nama dari seorang pegawai tinggi  British bernama Sir John Frederick Dickson.
 Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu Selat itu menyedari kawasan tersebut yang dipanggil Tanjung oleh orang melayu setempat berpontensi untuk menjadi kawasan  perindustrian dan kawasan bandar kerana pembangunan di kawasan tersebut cepat melonjak.

Lantas kawasan yang juga dipanggil Alang atau Arang oleh Cina dan India kerana  penghasilan arang dari sebuah pulau berdekatan  telah diwartakan sebagai sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirehat untuk pegawai dan peladang British.
Sampai hari ini Daerah Port Dickson yang bersebelahan Daerah Seremban Daerah Sepang di Selangor itu terus menjadi kawasan pelancongan.

Selain Pantai Teluk Kemang (Pantai Chermin merupakan faberet aku) ada banyak lagi tarikan dekat Port Dickson ni antaranya Muzium Angkatan Tentera, Kota dan Muzium Lukut, Rumah Api di Tanjung Tuan, Pengkalan Kempas, Alive 3D Art Gallery dan rumah terbalik.
Tapi yang bestnya masa kami poi Port Dickson naik basikal aritu takde satu pun tempat ni kami pegi kecuali Pantai Teluk Kemang dan Balai Bomba dan penyelamat Teluk kemang, stesen minyak Petronas..... rumah Zaitun pun kami pegi jugak.

Akan bersambung....




BikeTouring - Poi Port Dickson Naik Basikal Photo Gallery



APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments