Random Posts

header ads
header ads

Projek Gary Turner, Sebuah Retro




Aku bukan dilahirkan dalam keturunan bangsawan, namun dulu masa kecik-kecik dulu aku agak bernasib baik sebab dapat memilik basikal... tapi basikal terawal yg aku guna hanyalah sebuah basikal BMX tak berjenama.

Hari ini dah tak berapa muda,.. dah lupa-lupa, tapi rasanya aku boleh lagi ingat tentang kisah basikal pertama aku.

Sebenarnya bapak aku seorang kakitangan kerajaan yang gaji tak terlalu besar macam ahli koporat dan ahli politik keparat.. Tapi Alhamdullilah.. dari hasil kerja keras bapak aku...masa tu kami sekeluarga mampu makan ikan goreng dan sayur kubis masak lemak (ikan tu ikan segar bermutu baik).

Dalam masa itu.... agak bapak aku dapat beli sebuah basikal baru untuk aku... walaupun aku tak terlalu bodoh dalam kelas.. aku tak pernah bercita-cita dappat sebuah basikal baru hadiah pencapian agak cemerlang dalam peperiksaan... tak dapat tanda merah dalam report kad pun itu sesuatu yang cukup melegakan.


Zaman Golden Age.

Imbas balik beberapa tahun dulu.. masa tu aku kesat hingus guna hujung baju.....zaman meningkat remaja zaman yang cukup mencabar, golden age kata orang.

Percaya atau tidak... basikal pertama aku adalah sebuah basikal BMX yang bukan pun guna rangka BMX.

Zaman golden age dulu-dula tak sama macam zaman sekarang.... semua benda kita nak cuba... ponteng sekolah... mandi sungai.. curi buah... cipta gadjet-gajet mengarut benda biasa, zaman sekarang budak-budak diajar dengan jenis teknologi terbaru... PS2- 3 dan 4.. malah dah pandai hisap vape.

Hidup meningkat remaja zaman golden age aku penuh cabaran, setiap hari adalah hari-hari yang dinantikan....kami menjelajah setiap tempat menyelongkar kehidupan..

Dan basikal pertama aku dalam usia belasan tahun... aku tak berapa ingat macam mana basikal tu akhirnya jadi sebuah BMX....tak langsung ada kemahiran dan pengetahuan mekanikal mirip bakal jurutera,  itulah basikal yang aku bangga-banggakan.

Mungkin aku bukan golongan bangsawan...  tapi macam budak-budak meningkat remaja lain.. aku pun punya keinginan kuat untuk ada sebuah basikal.


Basikal Pertama Aku

Basikal tu.. basikal pertama aku hanya bermula dari sebuah rangka buruk yang aku ambil dari sebuah rumah yang juga buruk.

Selesai bersihkan rangka tu...aku berusaha gigih nak siapkan, tapi dah tentulah bukan mudah... selain aku terpaksa meyakinkan bapak aku basikal tersebut dikutip dan tidak dicuri... aku terpaksa fikir dengan kreatif dan proaktif cara mana basikal tersebut harus disiapkan.

Kebetulan dulu... berdekatan kampung aku dan kawan-kawan seangkatan... ada sebuah tempat pembuangan sampah, sikap orang malaysia kadang-kadang benda yang masih boleh dipakai.. dibuang sesuka hati.

Bagi sesetengah orang disana lah sumber rezeki... walaupun ada yang menghina,... tapi mereka tidak sekali pun mencuri.

Disitulah lubuk rezeki...sumber kemewahan budak-budak kampung macam aku,.. rajin berusaha bukan setakat diberi ganjaran bawa pulang rim.. handle dan kepala GT, tapi jugak kadang-kadang dapat mini kompo yang masih mampu mengeluarkan suara dengan baik.

Tak lah hairan kalau budak-budak basikal zaman aku ada beberapa pasang rim terbuang yang masih elok dan boleh digunakan, cuma beberapa benda seperti kabel brek dibeli dari kedai...selain kabel brek... brek pad dan setpost bengkok ala-ala basikal GT merupakan "barang susah" dapat dan terpaksa beli jugak di kedai.

Hidup dulunya lebih indah, selain tak ramai pemimpin korup tadbir negara, jalanraya pun tak sibuk macam sekarang.

Jalanraya tak lagi mesra basikal, menteri tak pernah kisah dan tak ambil peduli, dulu zaman dulu.... semasa kilang perodua masih belum dibina.. jalanraya di tempat aku sangat mesra basikal...  tidak lah jadi masalah untuk kayuh basikal hanya untuk ke kedai basikal.. atau mahu ke tempat berkelah hujung minggu.

Menteritak harus makan gaji buta, bercakap kepada media dan potong riben hanya untuk tunjuk buat kerja.... seharusnya masalah itu perlu difikirkan... tapi malang dinegara ini... pak menteri tidak lagi boleh diharapkan.

Berbalik kepada cerita basikal aku yang paling mula-mula, zaman tu taklah sesuatu yang pelik bila frame dan warna basikal akan bertukar-tukar...

Zaman sebelum milinium.. zaman tak jadi hamba teknologi biasa hubungan sesama kawan sangat akrab, kita ada kawan-kawan yang boleh diajak bertukar-tukar frame... tanpa bayaran.. selalunya frame basikal atau sportrim.. handle atau apa pun ditukar atas dasar suka sama suka.

Zaman tu yang aku sebut sebagai zaman golden age, basikal dengan rangka Chrome dianggap paling hebat... paling rare dan mahal.

Aku bernasib tak berapa baik.. tak sekalipun pernah ada basikal berwarna chrome... kata orang kalau nak 'celup" chrome.. kosnya mahal... sebab seringkali aku hanya berhasil dapatkan rangka yang karat.. aku cuma perlu modal RM4 ringgit untuk beli cat dalam tin... kebiasaanya berwarna hitam.... itulah warna yang jadi pilihan aku.. selain sesekali biru dan merah. (zaman tu baru belajar gosok... buang cat.. dan sembur clear coat lepas cat)

Selebihnya... dengan duit belanja dan sedikit pendapatan kerja sambilan yang dikumpul entah berapa lama ( zaman tu jugak zaman kutip botol kaca... nak jumpa botol kat kampung aku ni susah sangat... tin air yg bukan aluminium tu pun laku zaman tu.. asalkan duit... tak curi janji halal) akhirnya dengan bangga aku berjaya beli sport rim bintang yang tak silap aku berharga Rm24 .

Bagi seorang budak yang meningkat remaja... bagi aku itu pencapian terhebat yang aku pernah buat... ( selain takde merah dalam report card)

Lebih dari itu.... hanya sebuah basikal yang tak pasti dilahirkan dimana... budak kampung macam aku belajar kenal saiz spanar, skrewdriver dan logik mekanikal.. basikal dengan saddle yang selalu tercabut tu jugak ajar aku menilai dan menghargai sesuatu yang sangat sukar dicapai.

Pesan aku.... barang lama tak harus dibuang.... dalam beberapa kes yang aku pernah tempuh kalau barang lama itu seperti sebuah basikal yang telah dibuang masih boleh diperbaiki.. ia tak harus dibiar berkarat.... yg terbuang sering kali masih mampu  beri jutaan manafaat.



Penemuan terhebat.

Setelah beberapa tahun, sekarang aku dah besar dan tua bangka... Alhamdullilah tak berapa kekok bermain spanar dan skrewdriver... kita lelaki mesti berani bermain dengan besi keluli... betul kan... (maksud aku bukan angkat besi).

Beberapa minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penemuan terhebat, beberapa minggu sebelum itu pun dunia aku turut dikejutkan dengan penemuan hebat jugak yang merubah segalanya.

Ehh.. korang suka tak dengar lagu Fauziah Latiff.. lagu tajuk dia "Kau Yang Merubah Segalanya" , lagu tu kadang-kadang dengar memang layan... camni la lebih kurang lirik dia..

"Kau yang merubah segalanya...Kau sebenarnya yang mencuri hati...Aku yang masih meratapi kehancuran...Cinta lalu yang tak kesampaian..."

Lagu tu sebenarnya dari album studio kedua Fauziah Latiff, diterbitkan pada tahun 1989.. masa tu aku sekolah rendah lagi kot.... dan paling best kenangan zaman lewat 80-an dan 90-an kembali melanda negara.

Ada satu kumpulan orang termasuk diri aku tersampuk kenangan hebat zaman-zaman lagu dimainkan dengan pita audio, zaman main kunda kundi.. mandi sungai dan zaman dimana semua orang berkawan rapat dan tak buat hal sendiri sebab ada gejet.. wasap.. facebook dan tweeter.

Kumpulan orang ini yang aku pun terkait sekali sedang gila.. mencari basikal-basikal lama yang dah lusuh dan berkarat...kami anggap barangan lama itu emas.. yang tak ada tolok bandingnya....

"Tercipta suatu ikatan...Yang kita bina...Dari kehancuran masa silam...Oh tuhan kau restukanlah...Cinta indah bagai pelangi....Kekal abadi"

Sebati beb, kami lah pencinta basikal besi, 

Betul, ini bukan cerita main-main... ada ramai peminat setia besi... nama macam pakcik Yuzaimi...Abang Mohd Izzzaulneesham bBadu Rahim...Dsbke Wan , Jinggo haluan kiri atau Salad Eight.. Abang Khuzair ...Azmi Raif dan seangkatan bukan asing, hanya manikam  mengenal johari...

Mereka golongan otai... pengemar besi maha besi.

Kami berusaha, menyantuni barang-barang berkarat ni seolah-olah nak bangkitkan Pheonik dari debu... begitu bersungguh dan tekun... dengan jampi serapah dan tak lupa pengerasnya juga.... akhirnya sebuah basikal dari kehancuran masa silam.. akhirnya berwarna  pelangi... 

Moga tuhan restukanlah.. dan moga basikal zaman besi ni terus kekal abadi.


Tak Berapa Sengaja

Ok, kita balik pada perenggan yang entah nombor berapa tadi, beberapa minggu lalu...semasa itu tiba-tiba aku terdapat rangka basikal besi berjenama GT...(sememangnya tak sengaja dan terjadi diluar kawalan).

Sepanjang hari sebenarnya aku renung dan tenung....rangka yang berwarna unggu dengan sedikit karat itu nampak sangat berseri-seri, sedangkanketika itu ada sebuah lagi basikal , spesis hampir pupus yang dalam proses pembikinan.

Makin aku renung dan tenung GT karat tu... fikiran aku menerobos jauh..... tiba-tiba teringat bait-bait kata lagu Fauziah Latiff lagi..

"Apakah aku yang terburu-buru...Cuba melupakan peristiwa lalu...Atau mungkinkah ku terpesona pada.....Kejujuran yang engkau berikan,"


Gila kau... frame tu jujur suruh aku buat sesuatu.... punya lama aku renung dan tenung.. aku baru sedar dah malam..... tapi malam tu jugak aku tercari-cari rim lama yang aku simpan... sepasang rantai.... dan saddle.... aku pasang .. memang aku terburu-buru.... tapi sedar basikal ini perlu dikayuh segera.

Selang beberapa jam... aku dapat kayuh basikal tu... walaupun tanpa brek.... kesannya aku tidur dengan lena sekali malam tu sebab aku tahu.. basikal ini akan berfungsi seperti sepatutnya.


Barang lama

Beberapa ketika... aku sebenarnya sedikit keliru....banyak sekali kompenan basikal di dah hancur lusuh... "kau jual aje kat aku"... antara kata-kata seorang kawan (Abu bukan nama sebenar) kepada aku......

Ye la.. ikut hati,... basikal besi ini akan aku masukan sistem tramisi berkelajuan 10 gegancu belakang dan 1 gegancu hadapan....tapi semenjak nilai ringgit berbanding matawang semakin menguncup kesan kebijaksanaan menteri mengurus ekonomi negara.. hasrat murni tu terpaksa aku ketepikan.

Kemudian pula... dengan jasa baik seorang towkey cina berketurunan jawa yang hatinya baik dengan ikhlas menghadiahkan aku  sepasang Crank jenama  FSA yang tak mahu dipakai lagi.. aku berjaya akhirnya menjadikan basikal ini berkelajuan 7 gegancu belakang satu gegancu depan dengan sempurna.... aku memang sangat hepi..

Malangnya... gila panjang betul karangan ni..  ehhhh ...aku dah lost sekejap ni... sebenarnya tadi aku stop kejap.. pegi makan...... dah makan mata pulak mengantuk....tapi kita tak harus cepat putus asa..

Macam tu jugak bila nak rebuild basikal lama... bukan senang.. kadang-kadang progres tu terhenti kejap.. almaklumlah.. barang-barang lama.. nak cari spare part bukan perkara senang, lebih payah barangan baru kebanyakknya tak ngam.

Baiklah, rancangannya basikal tu sekadar kegunaan harian, dan sesekali dibawa masuk menjelah hutan... dibiar kotor tanpa dibasuh, disebut-sebut orang sebagai "basikal belasahan"... tapi rancangan sering bertukar...


Tandan Kelapa dan Kayak

Hari tu... masa tu raya korban, aku dan beberapa kawan buat kerja gila... kami bercuti di Gold Cost sepang... bukan Australia.... dan melepak di DETC Bike Kitchen milik Pakngah Ishak (aku berangan-angan besar nak ada bengkel macam Pak Ngah).

Hari yang bernasib baik, Pak Ngah yang luas pengetahuan dan sporting tu dengan baik hati beri sebuah fork basikal, berwarna kuning dan berfungsi dengan sangat baik.

Selepas habis beberapa tandan buah kelapa muda, habiskan beberapa tin air 100 plus , setengah bekas besar keropok ikan sesudah bermain kayak di tasik belakang rumah Pak Ngah aku dengan senang hati bawak balik fork kuning tu... dalam perjalanan dah terfikir apa yang aku akan lakukan dengan kurniaan hebat tu.


Moden dalam Mood Retro

Masih lagi kabur, idea sering berubah.... aku ambik keputusan untuk cat saja basikal unggu karat tu kepada hitam, aku berpendapat basikal hitam dan fork kuning pasti menarik,.... kebetulan ketika mahu mula proses mengecat....crank anugerah towkey cina pula buat hal, trip sudah hancur dan tak dapat dibuka dari bottom breket... ketuk sehingga tanggal.

Kemudian.... aku berpendapat.. alangkah elok jika frame hitam dikenakan dengan sepasang crank.. seketul RD dan FD serba lama... (retro kata orang).... sudah pasti itu kombinasi sangat menarik untuk melihat sebuah basikal masih mengguna barangan lama.... 

Tidak seharusnya berlaku pembaziran, aku kilatkan balik crank... cat supaya nampak tidak terlalu uzur...aku polish RD dan FD guna autosol..... supaya berkilat dan tidak kekok berlawanan dengan warna hitam... Alhamdullilah berhasil dan nampak berfungsi baik.


Aku dah ngantok ni... kita ringkaskan je... untuk nampak letih moden dalam mood retro,.... aku memilih untuk menukar handle bar kepada jenis baru dengan ukuran 700mm dan diemeter 31.8mm, untuk itu aku terpaksa lupuskan stem lama... memandangkan fork jenis guba tread... aku terpaksa cari adaptor untuk padankan stem moden... agak susah cari... tapi aku berjaya masukkan konfigurasi tu...

Hasilnya.. kayuhan lebih nyaman, selesa dan nampak sedikit bergaya... tambah lagi secara kebetulan.. aku terbeli handle grip berwarna kuning... yang berpadanan dengan fork kuning pemberian Pak Ngah.


Beberapa hari selepas itu.. ketika di kedai towkey cina berketurunan jawa tu... aku bernasib baik... sepasang cantilever brek jenama Shimano model Altus yang lengkap dengan sepasang brek pad shimano aku terjumpa.... apa lagi.. sepantas kilat aku beli...

Cuma sedikit tidak bernasib baik... seatpost asal bersaiz 26.8.... antara barang yang telah pun dilupus pakai... mungkin selepas beberapa tahun artikel ini aku tulis.. baru aku dapat cari.., masalah seringkali jadikan kita lebih kretif... cuba berfikir diluar kotak kasut mungkin.

Seatpost kini aku gunakan sebatang seatpost jenis gentian karbon... dengan ukuran 27.2... sedikit  pengubahsuaian akhirnya menjadikan seatpost oversize tu sesuai dengan rangka basikal GT yang dah pun dicat hitam tu.

Sementara menunggu beberapa keping stiker #26aintdead Malaysia, aku menjunguk kedai seorang kawan... lawatan hari itu membuahkan hasil apabila aku berjumpa secara sengaja dengan sebuah saddle jenama vertu berwarna kuning dan sebuah water cage juga berwarna kuning.... pulang kerumah stiker pulak sampai.... hepi gila babi...

Sekarang siap sudah basikal tersebut...kebanyakkan orang akan namakan basikal diorang dengan nama manja dan ala-ala ....gugurl.. takut berlaku salah faham.. aku sering namakan basikal aku dengan nama yang agak sasa dan sado sikit.... sebelum ini aku namakan sebuah basikal aku sebagai Wall-e ( watak  sebuah robot yang sasa dan cute macam aku) .. kali ini aku namakan basikal ni sebagai Gary Turner...

Kenapa aku namakan sebuah basikal dengan nama Gary turner?... macam aku kata la.. hanya manikam mengenal johari...kalau korang kata korang dah hebat sangat main basikal.. mesti korang tau.... kalau korang tak tau.... korang pegi google.. korang taip je Gary Turner,... nanti tau la kenapa.


Nilai Sebuah Pheonik 

Sekarang dengan 7 kelajuan belakang dan 3 kelajuan depan.. aku gembira sangat.. walaupun masih menggunakan rim single wall Araya ... dan keberatan yang dah tentu lebih 12 kilo,....basikal ni buat aku cukup puas..... 

Sama maca beberapa basikal lain yang datang dari usaha dan masa yang aku berikan.... kepuasan tu bukan datang dari part paling ringan mampu dibeli... atau rangka paling moden  dan paling ringan... tapi dari usaha aku siapkan basikal ini... yang bagi sesetengah orang hanyalah sampah.

Korang ada basikal?.... terbiar dan berkarat,... mungkin basikal tu ada sejarah paling hebat..... tapi bagi sesetengah orang macam aku.... sampah itu kadang-kadang emas.... kenapa dibuang kalau masih boleh digunakan?.

Kadang-kadang basikal yang korang tahu serba serbi.... yang dibaiki oleh tangan sendiri, macam memuja dan serapah pheonik agar bangkit dari debu..... walaupun buruk... tapi mampu beri rasa bangga lebih dari sebuah basikal berharga RM40 ribu yang nilainya hanya disukat dengan wang.

K la.. dah ngantok.... basikal lama tu repair... kalau tak aku datang curik

Projek Gary Turner, Sebuah Retro Photo Gallery




APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher atau lawat laman  Spark Garage

Post a comment

4 Comments

  1. Terbaik bro.....aku pun ada sebijik beskal Gary Turner retro (ricochet) & sebijik bmx gary turner. Skang WIP sebijik lagi gary turner avalanche. So i know a bit how u feel bro.

    ReplyDelete
  2. Tq bro.... barang-barang lama ni tak patut dibuang.... esok kalau pupus... ganerasi akan datang tak lagi dapat melihatnya

    ReplyDelete
  3. Khayal aku layan baca tulisan ni.
    Panjang, tapi di situ lah nilainya kan.
    Ayat terakhir tu yang win tu.
    Kah!

    ReplyDelete
  4. HAHAHA... Sila nyatakan lokasi basikal tak pakai bang.. saya nak bawak cutter.. nak curik

    ReplyDelete