Random Posts

header ads
header ads

Basikal Ikonik Yang Mengubah Dunia.




Tiada mukadimah panjang kali ini percayalah, sebaiknya marilah kita mulakan perkongsian ini dengan cara cukup pantas dan ringkas.

Baiklah, mulakan-lah dengan Bismillah, moga-moga apa juga yang kita kerjakan sentiasa menjadi ibadah dan diberkati oleh Allah SWT.

Selepas 200 tahun lalu

Lebih 200 tahun selepas Camte Mede de Sivac mencipta “celerifere”,  hari ini teknologi basikal semakin maju dan terus berkembang.

Kini ia merupakan kenderaan paling banyak digunakan di dunia , hadir dalam pelbagai bentuk dan tujuan.

Awalnya basikal digunakan sebagai medium untuk menghubungkan satu lokasi ke lokasi yang lain, ia  pernah digunakan bangsawan-bangsawan eropah sebagai alat untuk mempertonton status dan kekayaan mereka kepada umum.

Ketika perang dunia ke-2 terutamanya, kenderaan beroda dua ini adalah sebahagian kelengkapan armada perang yang penting, tentera jepun pernah menjajah semenanjung Malaysia (Malaya ketika itu) dalam tempoh cukup singkat dengan hanya menggunakan basikal.

Basikal pernah mengalami zaman malap satu masa dahulu, kewujudan industri kenderaaan bermotor spernah menyebabkan kenderaan ini hampir dilupakan, namun kini ia kembali semula dengan lebih hebat.

Sesetengah negara seperti Malaysia contohnya, menjadikan basikal sebagai alatan riadah dan sukan, di sesetengah negara maju lain pula basikal menjadi 'solusi' untuk mengatasi masalah kesesakan jalanraya.

Sejarah ringkas lumba basikal

Teknologi basikal hari ini sangat berkait rapat dengan ledakan sukan berbasikal.

Secara ringkasnya, perlumbaan rasmi pertama direkodkan telah berlangsung pada 31 Mai 1868  di St-Cloud, Paris. Lelaki berbangsa Inggeris bernama James Moore telah memenangi satu perlumbaan sejauh 1,200 meter itu dengan menunggang "penny-farthing".

Kejayaan serupa turut diulang James pada tahun 1869 apabila beliau memenangi perlumbaan dari Paris ke Rouen meliputi jarak sejauh 113 km (70 batu), dengan catatan masa 10 jam 25 minit.  Sebenarnya ia adalah lumba basikal jalanraya pertama yang diadakan secara rasmi.

Hari ini, acara lumba Tour de France, Giro d'Italia dan Vuelta a España malah siri Jelajah Malaysia dan Le Tour De Langkawi yang dilangsungkan di negara ini adalah contoh pupular disiplin sukan tersebut. Kesemuanya diadakan secara berperingkat.

Namun penganjuran acara Tour of Flanders , Milan–San Remo dan perlumbaan Paris–Roubaix pula diadakan hanya 1 peringkat perlumbaan dan dipanggil sebagai  "Classics".

Sepanjang tempoh itu ramai lagenda hebat telah dilahirkan, beberapa basikal juga muncul dan dianggap sebagai 'ikonik' dalam dunia perlumbaan. Berikut adalah diantaranya.

1. Giant-TCR (Team ONCE 1999)

 Ini adalah basikal pertama yang tampil dalam bentuk 'geometri kompak', lebih dari itu Giant TCR hasil rekaan jurutera British Mike Burrows’s ini sebenarnya satu dari jentera terpenting sepanjang 20 tahun ini.

Lagenda permulaan compact geometry
Sebelumnya pengeluar basikal tiada pilihan selain terpaksa menghasilkan 10 saiz kerangka berbeza untuk menyesuaikan sesebuah basikal dengan saiz badan penunggangya, dengan geometri kompak baharu ini pengguna boleh memilih satu dari tiga saiz iaitu Kecil, Sederhana dan Besar untuk disesuaikan dengan mereka.

Hari ini kebanyakkan basikal moden menggunakan asas geometry basikal ini.

Ketika mencipta TCR, Mike percaya reka bentuk yang kompak basikal bukan sahaja boleh dihasilkan lebih ringan, tetapi kerangka tersebut lebih kukuh dan memberi kelebihan kepada pelumba basikal.

Beliau pada awalnya menggunakan rangka basikal 'mountain bike' untuk menghasilkan basikal tersebut, pengubahsuaiaan dilakukan termasuk dengan menggunakan road basikal lumba.

Rekaan itu kemudiannya diperhalusi sehingga terhasilnya basikal ini yang digunakan pasukan ONCE dari Sepanyol yang memenangi beberapa siri perlumbaan.


2- Colnago C40 Team Mapei

Pasukan Mapei, boleh dikatakan adalah pasukan yang paling berjaya dalam sejarah lumba berbasikal.  

Basikal prototype yang memenangi banyak perlumbaan
Senjata pilihan mereka selama bertahun-tahun adalah Colnago C40, kemenangan pasukan Mapei dalam perlumbaan Vuelta a España  ketika C40 masih dalam status prototaip jelas membuktikan kehebatan basikal ini.

Dalam perlumbaan Paris Roubaix  pada tahun 1996, tiga pelumba pasukan ini iaitu Johan Museeuw , Gianluca Bortolami dan Andrea Tafi tiba ke garisan penamat dengan jarak sejauh 86 km dari pelumba lain, mereka dilihat sebagai tidak dapat dicabar.  

Pelumba basikal terkenal, Sir Bradley Wiggins dalam satu wawancara  ketika ditanya basikal apakah yang terbaik di dunia juga menjawab "Colnago C40".


3- Greg LeMond’s Bottecchia  (1989 Tour de France)

Greg LeMond memenangi perlumbaan Tour de France pada tahun 1989 dengan menunggang basikal  ujian masa (Time trail) keluaran syarikat Bottecchia.

Basikal pertama menggunakan aerobar dalam perlumbaan
Basikal dengan bingkai keluli, roda depan 650c dan roda cakera belakang Mavic Comete itu tidak-lah terlalu berbeza daripada basikal ujian masa pada era itu. Kecuali basikal tersebut dilengkapi  aerobars ciptaan Boone Lennon.

Beliau merupakan pelumba pertama menggunakan aerobars dalam perlumbaan iaitu antara satu inovasi besar dalam lumba basikal. Greg memenangi perlumbaan pada tahun itu dengan margin lapan saat dihadapan pencabarnya "kemenangan yang paling menakjubkan dalam sejarah Tour de France" (ketika itu).

Basikal  ini dilengkapi kompenan gear (Groupset) lengkap dari Mavic, satu-satunya kemenangan dinikmati syarikat itu (Sebagai pembekal groupset) dalam sejarah Tour de France.


4- Graeme Obree "Old Faithful"

Basikal radikal "Old Faithful", dihasilkan semata-mata untuk memecahkan 'hour record'.

Ia dibina seorang pelumba amatur Scotland Graeme Obree dengan menggunakan beberapa bahagian dari mesin basuh di bengkel kecil milik rakannya.

Obree ketika acara  Hour Record
Obree terkenal dengan jolokan Flying Scotsman kerana kedudukan menunggangnya yang luar biasa. Beliau pernah mencatatkan dua rekod dunia pada Julai 1993 dan April 1994 serta merupakan juara acara individu pada tahun 1993 dan 1995.  

Berbanding basikal 'hour record' ketika itu, Obree tidak menggunakan 'drop bar' seperti pelumba lain, sebaliknya menggunakan handle mirip basikal 'montain bike' supaya kedudukan menunggangnya lebih rapat dengan palana serta berkedudukan seolah-olah pemain ski.

Beliau sering berhadapan masalah dengan badan pentadbiran sukan basikal dunia 'Union Cycliste Internationale (UCI)' yang tidak membenarkan posisi itu dipraktikan,  beliau  menukar kedudukan lain dengan gaya seperti  "Superman".

Obree sebenarnya adalah penderita gangguan bipolar, beliau pernah cuba membunuh diri dan mempunyai masalah personaliti, namun beliau akhirnya muncul sebagai antara ikon sukan basikal paling terkenal.

Pada Mac 2010, Obree diberi penghormatan tertinggi oleh Scottish Sports apabila disenarai sebagai penerima anugerah Hall of Fame.


5- Suspension LeMond (1993)

Perlumbaan Paris-Roubaix bolehlah disifatkan sebagai antara perlumbaan basikal paling mencabar.

Digelar 'The Hell of the North' pelumba perlu menempuh cabaran sejauh 257.00 km dengan meliputi pelbagai bentuk rupa bumi termasuk permukaan jalan berbatu (cobble) dan kasar.

Pasukan-pasukan lumba terkemuka cuba menyediakan basikal yang dapat memberi keselesaan maksima kepada pelumba. Pada 2015 Team Sky mempertaruhkan basikal Pinarello K8-S yang dilengkapi penyerap hentakan belakang (suspensi)untuk digunakan dalam perlumbaan tersebut.

Basikal lumba dengan suspensi depan pertama
Sejarah sebenarnya basikal lumba menggunakan suspensi bermula pada awal tahun 90-an.

Gilbert Duclos-Lassalle memenangi Paris-Roubaix pada tahun 1992 dan 1993 dengan menunggang sebuah basikal yang dipasang suspensi jenis RockShox  yang mempunyai suis 'lockout 'pada bar pemegang.

Beberapa jenama basikal lain seperti Bianchi dan Cannondale pada ketika itu pernah bereksperimen untuk menghasilkan basikal yang dapat menyerap hentakan dalam beberapa reka bentuk yang lain, tetapi tidak berjaya.

Difikirkan agak berat, penggunaan suspensi pada basikal seperti diguna Gilbert disifatkan tidak munasabah, pasukan basikal tidak lagi berminat menggunakannya.

Namun sejajar kemajuan teknologi, suspensi dapat dihasilkan dengan cara lain dan lebih ringan. Dalam perlumbaan Paris-Roubaix baru-baru ini, pelumba pasukan Bora-Hansgrohe Peter Sagan dan Tom Boonen menggunakan basikal Specialized's Roubaix.

Jentera yang baru dilancarkan itu yang mempunyai penyerak hentak bersaiz kecil di dalam tiub fork. Matlamatnya adalah untuk  menyerap hentakan dan memberi keselesaan kepada penunggangnya.


6-  LOOK KG86 Tour de France (1986)

Hari ini rangka basikal gentian karbon sangat popular, kebanyakkan rangka perlumbaan hari ini menggunakan bahan komposit jenis itu kerana ia ringan dan kuat.

Look KG86 dalam perlumbaan Le Tour
Pada tahun 70-an (zaman awal kemunculan gentian karbon) masih banyak syarikat pengeluar basikal bereksperimentasi mengenainya, walaupun mereka sedar bahan ini sangat ringan dan sesuai digunakan untuk hasilkan kerangka basikal, namun ketika itu proses untuk penghasilannya tidak pratikal.

LOOK adalah syarikat pertama yang berjaya menyelesaikan masalah tersebut,  mereka menggunakan tiub karbon hasil gabungan kevlar dan gentian karbon tenunan keluaran syarikat Perancis TVT.

Ketika itu mereka menghasilkan rangka basikal dengan menyambungkan tiub karbon kepada cuping aluminium (lug) iaitu cara tradisional kerangka basikal dihasilkan.

Look  KG86 juga merupakan rangka karbon pertama yang dihasilkan secara besar-besaran.


7- Legnano Team Bike (1948) 

Sejarah basikal di  Itali bermula dengan Legnano, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Vittorio Rossi pada tahun 1902.

Mula menghasilkan basikal pada 1906, ia menjadi pilihan juara terkemuka seperti  Alfredo Binda, Giovanni Brunero, Learco Guerra, Gino Bartali, Fausto Coppi dan Ercole Baldini.

https://www.flickr.com/photos/48019197@N05/albums/72157632411853637
Basikal lumba Gino Bartali
Lazimnya basikal lumba Legnano dicat biru, sebelum ditukar kepada hijau zaitun dan akhir sekali warna metallik “lizard green”, ciri basikal ini juga unik dan sangat mudah dikenali pada zaman itu.

Pada tahun 1940 Campagnolo mencipta derailleur belakang 'Cambio Corsa'  yang dipasang pada basikal Legnano, ia adalah untuk memudahkan pelumba basikal menukar kedudukan gear pada basikal mereka.

Rantaian shifter terletak dibahagian tepi kerangka belakang dan ditukar dengan cara manual. Walaupun sistem digunakan tidak moden seperti sekarang, pelumba basikal ketika itu termasuk Gino Bartali (gambar) sudah pasti amat menghargai ciptaan tersebut.

Sebelumnya, pelumba terpaksa mengeluarkan roda belakang mereka dan menterbalik kedudukan tayar untuk memilih satu dari dua gear yang tersedia.

Cuma sebahagian  

Apa yang dikongsikan ini adalah sebahagian dari banyak lagi basikal-basikal hebat yang ada sejarah tersendiri, mungkin aku akan kongsi lagi di lain kali.. Wassalam

Post a comment

0 Comments