Random Posts

header ads
header ads

Pro Bike : Edisi Khas Vincenzo Nibali Scultura


Pelumba profesional, Vincenzo Nibali bakal berlumba dengan jentera bercorak ekslusif pada musim perlumbaan Giro d'Italia yang bermula di kepulauan Sardinia minggu ini.

Pasukannya memutuskan untuk menyediakan jentera 'khas' buat beliau bukan sahaja kerana perlumbaan kali ini  adalah ulang tahun ke-100 perlumbaan tersebut diadakan, tetapi kerana musim kali ini merupakan peluang untuk Nibali menyertai 8 lagi pelumba profesional lain yang pernah memenangi perlumbaan berprestij itu sebanyak tiga kali.


 Nibali si jerung
Nibali, pelumba kelahiran Itali berusia 32 tahun dan diberi jolokan Lo Squalo (Si Jerung) atau "Shark of the Strait", "the Shark of Messina" sebenarnya adalah juara perlumbaan itu pada tahun lalu dan juga pada musim 2013. 

Beliau merupakan salah seorang diantara pelumba pilihan dalam perlumbaan tahun ini.

Terdahulu, kemuncak kejayaan Nibali adalah ketika beliau bersama pasukan Astana Pro Team. 

Selain memenangi perlumbaan Giro d'Italia pada 2013, Nibali turut memenangi perlumbaan Tirreno–Adriatico pada tahun sama.

Pencapaian itu diteruskan, pada  2014, Nibali menjuarai  perlumbaan Tour de France, sekaligus  menjadi pelumba profesional ke-6 yang memenangi 'Grand Tours' sebanyak 3 kali.


 Bahrain–Merida Pro Cycling Team


Pada tahun ini, Nibali tidak bersama pasukan Astana, beliau kini menjadi ketua pelumba untuk sebuah pasukan baru, Bahrain–Merida Pro Cycling Team.

Pasukan ini baru ditubuhkan pada Ogos 2016 lalu atas daya usaha Sheikh Nasser bin Hamad Al Khalifa. Kerajaan Bahrain mendanai pasukan ini sebagai sebahagian kempen mempromasi negara tersebut.

Pelumba pasukan ini akan menggunakan jentera keluaran Merida, model Scultura (lightweight) , Reactor (aerobike)  dan Wrap (time trail) bakal dipertaruhkan dalam kejuaraan kali ini.

Scultura dijangka akan menjadi 'pilihan' Nibali dalam banyak 'stage' Giro d'Italia kali ini, jesteru jentera model itu selayaknya diberikan penampilan
edisi khas bercorak ekslusif.


Custom gold leaf Scultura
Walaupun kebanyakan edisi khas perlumbaan Giro basikal lebih cenderung memilih warna 'Merah Jambu' (Pink), Bahrain–Merida telah memilih penampilan lebih klasik untuk Nibali.

Jentera ini dicat hitam kilat dan dihiasi corak lingkaran ke-emasan yang mengambil inspirasi daripada trofi  perlumbaan ini.

Istimewa-nya warna ke-emasan tersebut diperbuat dari kepingan daun emas (gold leaf), ia kemudiannya diselaputi lapisan cat jernih bagi melindunginya.

Untuk tampil lebih ekslusif, semua nama pemenang perlumbaan Giro ditulis didalam lingkaran emas tersebut, setiap nama pula disertakan dengan bintang yang menunjukkan jumlah kemenangan diperoleh setiap pelumba.  Lingkaran itu berakhir dengan nama Nibali sendiri dengan dua bintang.

Selain itu perkataan 'Centenario' juga terukir di bingkai untuk menandakan ia adalah ulang tahun ke-100 perlumbaan Giro d'Itali. 

Dari segi  spesifikasi pula, secara ringkasnya jentera yang bakal ditunggang Nibali ini dilengkapi groupset Dura-Ace Di2 Series R9150 , Crank arm SRM (Dura-Ace 9000 spider/ rings), pedal Dura-Ace, Wheelset Tubular Fulcrum Speed (55mm) dan tayar Continental Competition Pro LTD.

Jentera ini turut mengenakan handle bar, stem dan seat post  FSA K-Force, saddle dari Prologo dan bottle cage dari Elite

Menurut Merida, jentera bercorak ekslusif ini khas untuk kegunaan Nibali pada perlumbaan musim ini, tiada replika serupa akan dikeluarkan pada masa akan datang.

Post a comment

0 Comments