Random Posts

header ads
header ads

Mark Beaumont Pecah Rekod Keliling Dunia


Penunggang basikal ultra-endurance, Mark Beaumont akhirnya berjaya merialisasi impian zaman kecilnya untuk mengelilingi dunia dengan basikal hanya dalam masa 80 hari.

Beaumont ketika tiba di Arc de Triomphe, Paris
Isnin lalu kira-kira 7 petang (berdasarkan Central European Time), pemuda kelahiran Scotland itu tiba di  Arc de Triomphe dekat kota Paris dimana beliau memulakan cabarannya (klik untuk video) sejak 2 Julai lalu.

Disambut keluarga, penyokong dan wakil Guinness World Record, Beaumont secara rasminya menamatkan cabaran tersebut dalam tempoh masa 78 hari, 14 jam dan 40 minit.

Pencapaiaannya telah diiktiraf dan diumumkan sebagai rekod baru dunia.

Lebih membanggakan, beliau turut memecah satu lagi rekod dunia apabila melakukan jarak kayuhan paling jauh bagi tempoh sebulan. Beliau melakukan kayuhan dengan jarak 7,031 batu atau (11,315.29 kilometer) pada Julai.

Laluan diambil Beaumont
Secara keseluruhan, Beaumont melakukan kayuhan sejauh 18,032 batu atau kira-kira 29,020 kilometer sepanjang ekspedisi tersebut.

Walau bagaimanapun, cabaran diilhamkan dari novel pengembaraan klasik Jules Verne 'Around The World in Eighty Days' bukan mudah.

Dalam perjalanan merentas Eropah ke Mongolia, melintasi China,  Australia,  Amerika Utara dan kembali ke Eropah Beaumont terlibat dengan beberapa kemalangan yang merencatkan sedikit ekspedisinya.

Beaumont mengalami cedera dalam satu kemalangan lewat malam di Russia, di Melbourne, Australia kenderaan pengiringnya dirempuh dari belakang.

Basikal 'Koga Kimera' yang digunakan
Bagi memastikan cabaran ini dapat dihabiskan dalam tempoh ditetapkan, beliau mensasarkan kayuhan dengan jarak kira-kira 240 batu (386.2 km) atau 16 jam sehari.

"Ini telah, tanpa keraguan, merupakan cabaran yang paling berat diletakkan atas tubuh dan minda saya. Stamina fizikal dan mental yang diperlukan untuk setiap hari sendiri merupakan satu cabaran, tetapi saya mempunyai pasukan sokongan hebat di sekeliling saya.

"Kejayaan berbasikal mengelilingi dunia dalam 80 hari menunjukkan bahawa apa yang kelihatan mustahil adalah mungkin. Ia juga menetapkan semula batas ketahanan dalam sukan ini.

"Setiap peringkat memberi cabaran tersendiri termasuk iklim yang berbeza, yang saya perlu sesuaikan diri dengan cepat. Fasa satu merentasi Rusia dan Mongolia adalah wilayah tidak diketahui, jadi untuk menyelesaikan fasa ini dan keluar dengan gelaran Rekod Dunia Guinness kedua adalah pencapaian sebenar." Jelasnya kepada media sejurus tiba di Paris (video di sini).

Beaumont bersama team sokongan
Beaumont  sementara itu menjelaskan, beliau membuat persediaan lebih setahun setengah untuk ekspedisi terbaru ini bagi memastikan ia berjaya.

"Saya sangat berterima kasih atas sokongan yang saya terima dari orang di seluruh dunia, dari rakan berbasikal yang menyertai saya di jalanan dan kata-kata semangat dalam talian. Ini pengalaman yang luar biasa dan saya teruja untuk berkongsi perjalanan ini selama bertahun-tahun akan datang. " tambahnya.

Untuk rekod, bapa kepada dua orang anak itu pernah memecah rekod mengelilingi dunia berbasikal pada 2008, ekspedisi itu yang dilakukan tanpa 'team sokongan' mengambil masa 194  hari sebelum diatasi  Andrew Nicholson pada 2015 dengan catatan 123 hari.

Ekspedisi kali ini dilakukan bagi tujuan mengutip dana kerja-kerja amal berkait pendidikan.

Post a comment

0 Comments