Random Posts

header ads
header ads

Skuad para negara sasar emas



SKUAD negara berharapkan Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Para Malaysia 2019 yang sedang berlangsung dapat menjadi pentas latihan terbaik.

Mahu menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri, skuad berbasikal negara mensasarkan untuk mengutip sebanyak mungkin pingat emas.

Ia juga sebagai persiapan menghadapi Temasya Sukan Para ASEAN 2020 yang bakal berlangsung di Manila pada Januari depan.

Setakat Selasa, skuad Malaysia sudah meraih tiga emas menerusi Najib Turano bagi acara C4 lelaki dengan catatan 28 minit 37.204 saat.

Yusof Hafizi Shaharuddin mengungguli saingan C1 lelaki dengan masa 19:35.011s dan ema ketiga pula diraih menerusi Nur Faizah
Aziz bagi acara C3 wanita selepas mencatat masa 29:11.804s.

Kejohan ini juga dianggap sangat penting kerana berupaya membantu atlet kebangsaan dalam usaha mendapatkan mata kelayakan ke Sukan Paralimpik 2020.

Untuk itu, skuad negara menurunkan barisan terbaik untuk mengutip jumlah maksimum emas dalam kejohanan ini.


APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a Comment

0 Comments