Random Posts

header ads
header ads

Skuad negara gondol emas di China


SKUAD berbasikal trek negara menghadiahkan tiga pingat emas kepada negara sempena Hari Kebangsaan ke-62 hari.

Hadiah bermakna itu diperoleh pada Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa China 2019 yang berlangsung di Velodrom Laoshan, Beijing, semalam.

Jaguh lumba basikal trek profesional Malaysia Mohd Azizulhasni Awang menyumbang dua pingat emas dalam acara keirin dan pecut.

Dalam acara pecut semalam, Azizulhasni yang mendapat jolokannya The Pocket Rocketman meraih emas acara pecut. Dia menewaskan pelumba Kazakhstan, Andrey Chugay, yang meraih perak manakala pelumba tuan rumah Zhou Yu terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Sementara itu, dalam acara keirin yang merupakan acara kegemarannya, Azizulhasni yang mewakili Team Azizul mengetepikan pelumba Taiwan, Kah Shing Fen yang meraih perak manakala Muhammad Fadhil pula di tempat ketiga.

Kejayaan kali ini boleh dianggap sebagai kesinambungan kejayaannya muncul juara pada acara pecut individu lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia Tenggara dalam kejohanan yang berlangsung di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Sementara itu,  satu lagi emas semalam dimenangi pelumba meningkat naik Anis Amira Rosidi menerusi acara keirin wanita.

Anis Amira turut cemerlang apabila mengungguli acara keirin wanita menewaskan pelumba Jepun, Ohta Riyu dan Crismonita Dwi Putri dari Indonesia di tempat ketiga.



APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a comment

0 Comments