Random Posts

header ads
header ads

Azizulhasni kemalangan, mohon maaf kepada peminat


JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang terlibat kemalangan ketika bersaing pada pusingan pertama acara keirin Piala Dunia di Brisbane, Australia semalam.

Berita itu dikongsikan Azizulhasni melalui laman facebook peribadinya sendiri.

Menceritakan kembali detik-detik perlanggaran dahsyat itu, Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Rocketpocket Man itu bermula sebaik loceng dibunyikan yang menandakan tinggal satu lagi pusingan untuk ditamatkan.

Katanya,ketika cuba memecut untuk memotong pelumba dari Poland (Krzysztof Maksel) yang berada di hadapan, pelumba dari Jepun (Tomoyuki Kawabata) juga cuba untuk memecut sehingga mengakibatkan beliau terhimpit dengan pelumba dari Poland.

Akibat kesilapan pelumba Jepun itu Azizulhasni dan beberapa pelumba lain terjatuh.

"Saya dimaklumkan pelumba Jepun itu disqualified kerana salah beliau. Malangnya, keputusan itu tidak menghilangkan sakit dan luka-luka di badan saya. Saya terseret jauh, mata dipejam, terasa kulit badan bergeseran dengan permukaan kayu, panas, pedih dan sakit, situasi amat huru hara... terdengar juga jeritan daripada pelumba lain.

"Dalam hati saya hanya mampu menyebut nama ALLAH dan berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badan saya seperti kejadian pada tahun 2011 lalu," tulisnya dilaman facebook.

Azizulhasni turut menceritakan kesakitan ditanggungnya akibat kemalangan itu.

Tak mampu bernafas

"Saya mengerang kesakitan, tidak dapat bernafas hasil dari hentakan dan dilanggar pelumba dari belakang saya pada kelajuan sekurang-kurangnya 70 kilometer sejam

"Dah macam ayam kena sembelih.S aya tidak dapat membuka mata tapi terdengar suara jurulatih, John Beasley, beliau suruh saya baring, relax dan cuba bernafas. Sakitnya bukan kepalang.

Azizulhasni segera dikejarkan ke Hospital
"Apabila pernafasan pulih sedikit saya memberanikan diri untuk membuka mata. Saya nampak ramai orang, jurulatih di hadapan saya. Saya beritahu mereka, bahu saya sakit, rusuk hadapan dan belakang belah kanan juga sakit dan saya cakap tolong buka helmet saya, lemas!," cerita Azizulhasni mengenai insiden tersebut.

"Kepada penyokong saya khusus rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri teguh di belakang saya, seribu kemaafan kerana tidak dapat meneruskan perlumbaan dan tidak dapat mengulangi kejayaan seperti di New Zealand tempoh hari," tulisnya kepada peminat.

Sementara itu, peminat di laman Facebooknya terkejut dengan insiden itu dan mendoakan supaya jaguh berbasikal negara itu agar segera pulih.

Mereka turut berkongsikan kata-kata semangat buat Azizulhasni.




APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN PedalPusher

Post a Comment

0 Comments