Random Posts

header ads
header ads

ACC Kuala Lumpur ditangguhkan


KEJOHANAN Berbasikal Asia 2020 yang dijadualkan akan diadakan di Kuala Lumpur dari 17 hingga 22 Mac ini ditangguhkan ke satu tarikh yang bakal ditetapkan kemudian.

Keputusan itu diumum Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) berikutan penularan wabak koronavirus.

Turut ditangguhkan ialah Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Kongres ACC yang dijadualkan berlangsung di luar kejohanan itu.

Keputusan ini disahkan oleh Bendahari ACC Datuk Amarjit Singh Gill dari Malaysia yang menghadiri mesyuarat khas jawatankuasa ACC di Dubai pada 15 Feb lepas.

“ACC sebaik sahaja menerima maklum balas dan nasihat daripada pelbagai pihak membuat keputusan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan yang baik untuk semua peserta dan pegawai yang datang dari seluruh Asia, kejohanan benua ini terpaksa ditunda,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Amarjit, keputusan itu dibuat selari dengan langkah sejagat untuk membendung penularan virus itu.

“ACC prihatin dan mahu melindungi pelumba daripada segala risiko pencemaran dan mengelakkan penularan COVID-19 ke negara-negara lain, kata Amarjit yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) .

Kami berharap situasi berkenaan COVID -19 kembali normal tidak lama lagi jadi kami akan mula menetapkan tarikh baharu kongres dan kejohanan yang akan berlangsung sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya lagi.  


APA KOMEN KORANG, JOM KOMEN-KOMEN DEKAT BAWAH. KLIK SINI KALAU NAK JOIN VeloMalaysia

Post a Comment

0 Comments